Assalamualaikum Ya Akhi Ya Ukhti

Jom Solat..

Peperiksaan LLB 2013.. Bitaufiq Wan Najah

Computer Repair & Service

Rakan Bloggers

Banner

Friday, March 23, 2012

Solat Sunat Musafir


Pendapat masyhur tempatan menganjurkan seseorang yang akan bermusafir agar dia melakukan solat sunat sebelum musafir terlebih dahulu. Pendapat ini juga masyhur di sampaikan oleh penceramah-penceramah 'Kursus Haji´ di mana para jemaah haji yang akan berangkat disyorkan agar mendirikan solat sunat sebelum musafir di saat-saat akhir sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Ketahuilah bahawa sebenarnya tiada dalil sahih yang mensyari'atkan solat sunat sebelum musafir kecuali sebuah hadith daif yang bermaksud: Tidak ada satupun yang lebih utama ditinggalkan seseorang kepada keluarganya selain solat 2 rakaat yang dilakukannya di saat hendak berpergian. [1] Hadith-hadith yang daif, yakni lemah, tidak boleh dijadikan hujah mahupun dalil dalam hal-hal agama, apatah lagi sebagai sesuatu yang mensyari'atkan sesuatu bentuk ibadah. Justeru sesiapa yang menelaah kitab-kitab hadith mahupun kitab-kitab fiqh muktabar tidak akan menemui sebarang dalil sokongan atau hujah penjelasan bagi mengesahkan kewujudan solat sunat ini di sisi syari'at Islam. 

Selain riwayat daif di atas, tidak ada sebarang dalil lain yang dapat mewujudkan solat sunat sebelum musafir ini, sebagaimana terang Drs. Abdul Ghani Azmi Hj. Idris: Tidak ada hadith sahih yang menyunatkan solat 2 rakaat di kala hendak keluar rumah untuk bermusafir dan tidak ada pula hadith sahih yang menyunatkan solat sunat di kala berhenti dalam perjalanan dan apabila sampai ke tempat yang dituju. [2]

Setiap ibadah itu adalah tertakluk kepada kehendak Allah Azza waJalla dan kita sebagai manusia tidak mempunyai hak atau kata-dua dalam menentukan hal-hal mengenainya. Kita tidak boleh mencipta sesuatu ibadah atau mewujudkan sesuatu amalan kerana itu adalah hak Allah sebagai Tuhan padahal kita hanyalah hambaNya. Tugas kita ialah beribadah kepada Allah dengan cara-cara yang telah diajar oleh al-Qur'an dan as-Sunnah, bukan pula mereka-cipta cara-cara ibadah atau tujuan-tujuan tertentu bagi sesuatu ibadah. Sekalipun solat-solat sunat amat dianjurkan oleh agama tetapi ingatlah bahawa setiap solat sunat itu mempunyai jenisnya dan setiap jenis solat sunat wajib mempunyai dalil pensyari'atannya.

Walaubagaimanapun terdapat solat sunat apabila kembalinya seseorang daripada musafir atau mana-mana perjalanan yang jauh, dikenali sebagai solat sunat selepas musafir.[3] Dalil-dalil bagi solat sunat ini jelas tertera dalam kitab-kitab hadith, di mana Nabi sallallahu-alaihi-wasallam apabila beliau kembali ke Kota Madinah selepas musafir, beliau adakalanya singgah di masjid terlebih dahulu mendirikan solat sunat 2 rakaat. Salah satu dari hadith yang dimaksudkan adalah berikut ini:Jabir radiallahu-anhu berkata, aku pernah bersama Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam suatu perjalanan. Apabila kami kembali semula ke Madinah, beliau berkata: Singgahlah dahulu di masjid. Lalu kemudian beliau mendirikan solat 2 rakaat di dalamnya.[4] 

Kesimpulan

1.      Tidak ada dalil sahih yang mensyari'atkan solat sunat sebelum musafir.
_____________________________________________________________________________

1]               Maksud hadith diriwayatkan oleh Imam ath-Thabrani dan Ibnu Asakir, dinyatakan kelemahannya oleh Shaikh Sayid Sabiq dalam Fiqh-us-Sunnah, 5/10 ; daif kerana perawi-perawinya terputus melebihi dua orang secara berturut-turut (mudlal) sementara perawinya yang pertama pula tidak hidup di zaman Nabi sallallahu-alaihi-wasallam (mursal). Hadith yang mudlal dan mursal tidak boleh dijadikan sumber hukum agama.

[2]               Drs. Abdul Ghani Azmi Hj. Idris - Pedoman Solat-solat Sunat Menurut Sunnah Rasulullah SAW, ms 302.

Perhatian  Tersangat banyak buku-buku tempatan yang menerang serta menganjurkan pelbagai jenis solat-solat sunat yang tidak ada dasarnya mahupun dalil-dalil sokongannya. Para pembaca sekalian diharapkan dapat berhati-hati dalam hal ini agar setiap amal-ibadah yang kita usahakan adalah yang benar-benar disyari'atkan oleh Islam dan bukan sesuatu yang merupakan bid'ah reka-cipta manusia. Dalam bab solat-solat sunat, penulis amat menganjurkan pembacaan dan pengkajian buku di atas kerana ia, sekadar pengetahuan penulis, adalah satu-satunya buku pedoman solat sunat yang ada masa kini di pasaran yang menganjurkan sesuatu solat itu berdasarkan dalil-dalil yang jelas lagi sahih.

[3]               Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, 2/67.

[4]               Maksud hadith riwayat Imam Bukhari, Misykat al-Masabih, 2/113/016.





Sumber Asal:http://hafizfirdaus.com

Thursday, March 22, 2012

Fadhilat Ayat Al-Fatihah | Adab-adab membaca Surah Al-Fatihah


Al Fatihah ialah kata-kata Munajat . Dengan ayat Al Fatihah kita berkata-kata secara langsung dengan Allah s.w.t.

Maka sebelum itu kita perlu membaca kalimah ‘Ta’awwuz’ dengan tujuan memohon perlindungan diri dengan Allah SWT dari segala gangguan dan bencana yang datang dari Iblis dan syaitan yang terkutuk, kerana dialah yang sentiasa berusaha untuk memalingkan hati kita dari menghadapi Allah.

Kemudian kita diperlukan pula membaca “Bismillah” untuk mendapatkan berkat dengan nama Allah sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan, sambil mengingat bahawa Allah sahajalah yang menguasai segala-segalanya dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Oleh kerana Al Fatihah adalah Ibu Segala Ayat di dalam Quran, hati dan jiwa kita hendaklah dipusatkan kepadanya ketika lidah kita membacanya. Ketika membaca Al Fatihah, sebaik-sebaiknya hati hendaklah mendahului lidah, atau sekurang-kurangnya hendaklah lidah menjadi guru bagi hati, iaitu hati hendaklah mengingat makna sesudah lidah membacanya.

1. Ketika kita membaca ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin’ kita ingat di dalam hati bahawa segala kepujian adalah hak-kepunyaan Allah kerana Allah menjadikan seluruh alam dan mengatur serta menguasainya. Maka tidaklah ada sesiapa selain dari Allah yang berhak menerima kepujian itu.

Kemudian kita berhenti sejenak untuk menanti reaksi kepada pujian kita itu, seolah-olah kita dengar Allah menjawab: “ Aku telah disanjung oleh hambaKu.”

2. Bila kita membaca ‘Ar Rahmanir Rahim’ kita tekankan dalam hati bahawa fungsi Allah sebagai Penguasa dan Pengatur alam berlaku kerana sifat Pengasih dan PenyayangNya. Maka segala yang kita terima dari kurniaanNya adalah dengan RahmatNya semata-mata. Jika tidak kerana Rahmat-Nya, alam ini tidak mungkin terjadi dan tidak pula tersusun seperti yang kita lihat.

3. Ketika kita membaca ‘ Maliki Yaumid-Din’ hendaklah kita ingat bahawa Allah s.w.t adalah Penguasa dan Hakim yang Maha Agung di Akhirat. Hanya Dia yang membuat perhitungan dan memberi ganjaran kepada segala amalan kita di dunia. Maka tidaklah ada kuasa lain yang boleh diharap-harapkan selain dari Allah.

4. Apabila kita mebaca “Iyyaka Na’budu Wa Iyyaka Nasta’in” ingatan kita tertumpu kepada Allah yang Maha Agung dengan ikrar bahawa tidak ada sesuatu pun yang disembah melainkan ‘Engkau’. Maka secara langsung kita berikrar: KepadaMu aku beribadat dan kepadaMu jua aku memohon pertolongan! Dengan ikrar ini juga kita harap akan diperteguh i’tiqad di dada kita bahawa walaupun bantuan dari makhluk diperlukan juga dalam kehidupan kita sehari-hari, tetapi Allah adalah Penggerak dan Penolong Yang Sebenar di sebalik usaha dan ikhtiar makhlukNya.

5. Ketika kita membaca “Ihdinas-Siratal-Mustaqim” ucapan ini adalah doa dan permintaan kita supaya Allah memberi petunjuk kepada kita ke jalan yang benar dalam segala hal, baik yang mengenai amalan atau ilmu yang kita perlukan sebagai hambaNya yang taat.

Doa ini penting kerana kita tidak mungkin menemui jalan yang lurus dan benar itu jika Allah tidak memberi petunjukNya kepada kita.

6. Ketika kita membaca “Shiratal-lazina An’amta Alaihim” kita harus sematkan dalam ingatan bahawa ‘ Jalan Lurus’ yang kita pohonkan dari Allah sebenarnya adalah jalan yang pernah dinikmati oleh hamba-hamba Allah yang lain oleh pemberianNya jua. Dengan kesedaran ini semoga kita mencontohi amalan orang-ornag yang telah diberi nikmat oleh Allah di dunia ini, semoga kita akan menyertai mereka di akhirat nanti.

7. Ketika kita membaca “Ghairil Maghdubi Alaihim Waladh-Dhaal-Liiin” kita memohon pada Allah supaya dijauhkan kita dari jalan, perbuatan dan sifat manusia yang dibenci dan dimurkai oleh Allah kerana kecenderungan mereka melakukan kebatilan dan kemungkaran, sedangkan kebatilan membawa kepada kesesatan. Pada akhir ayat ini kita berhenti sejenak untuk menanti jawapan dari Allah, yang kita harap-harapkan akan berkata: “Aku beri kepada hambaKu, dan bagi hambaKu ini apa yang ia minta”. 



Sumber asal : loveloveislam.blogspot.com

Wednesday, March 21, 2012

Peperiksaan Untuk Akhirat.. Pastikan Kita Lulus A+ Semua Perkara..

kredit kepada iluvislam.
Ingat Sahabat2 handai.termasuk diri saya sendiri. Ujian Akhirat adalah yang paling penting dalam hidup kita.. Sebijak mana pun kita di dunia ini tapi kita mensia-siakan Amalan-amalan untuk menjamin kedudukan kita di akhirat kelak.. Ujian akhirat tersangat penting agar kita dapat kedudukan dalam Syurga.. AllahuAlam

Wednesday, March 14, 2012

Bismillah 6


1. Dengan nama tuhan yang Maha Pengaseh dan Maha Penyayang.



2. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.

3. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.

4. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.

5. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

6. Dengan nama Allah Yang Maha Bijak sana lagi Maha Pemurah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.

7. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka Allah itu sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dia-lah Maha Rahim”

fadhilat dan fungsi bismillah 6

- Makbul segala hajat dan cita-cita.

- Luas rezkinya.

- Menang dalam peperangan.

- Penerang hati.

- Diajuhkan dari segala penyakit.

- Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.

- Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.

- Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.

- Aman daripada binatang2 buas.

-Air laut menjadi tawar.

Tuesday, March 13, 2012

Kelebihan Surah Insyirah (Surah 94)

Salam saudara/ri yang diberkati Allah swt..

Kali ini ana nak share secara ringkas mengenai kelebihan Surah Insyirah atau lebih dikenal sebagai Surah Alam Nasyrah untuk kita hayati dan amalkan bersama-sama.




Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
  • Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku.
  • Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
  • Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
  • Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Amin...

Monday, March 12, 2012

Pengertian Ilmu Tasawwuf


Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela . 
 
2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah . 

3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:
a) Banyak bersabar .
b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa . 

4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :
1) Taubat .
2) Khauf ( Takut )
3) Zuhud
4) Sabar.
5) Syukur.
6) Ikhlas.
7) Tawakkal.
8) Mahabbah ( Kasih Sayang )
9) Redha.
10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )
5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :
1) Banyak Makan
2) Banyak bercakap.
3) Marah.
4) Hasad.
5) Bakhil.
6) Cintakan kemegahan.
7) Cintakan dunia .
8) Bangga Diri.
9) Ujub ( Hairan Diri ).
10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk ).

Friday, March 9, 2012

Kelebihan Surah An-Nas

Salam'alaikum wbt. Kali ini Ana ingin berkongsi sedikit berkenaan isi kandungan Surah An-nas yang ringkas surahnya namun sangat mujarab diamalkan selalu.
 
SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

  • Surah An-Nas bermaksud MANUSIA
  • Memohon perlindungan dari godaan Syaitan.
  • Doa Penerang Hati 
Sekian, Allahu'alam..
mohamad thamim anshaari
 

 

Copyright © 2012 Reserved to MOHAMAD THAMIM ANSHAARI Design by CikBulat