Assalamualaikum Ya Akhi Ya Ukhti

Jom Solat..

Peperiksaan LLB 2013.. Bitaufiq Wan Najah

Computer Repair & Service

Rakan Bloggers

Banner

Tuesday, May 31, 2011

Pesanan Baginda Rasullulah SAW kepada Umatnya


1. Menumpukan perhatian terhadap pengabdian diri kepada Allah

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad saw bersabda: " Allah swt berfirman, " Wahai anak Adam ! Luangkanlah dirimu untuk beribadat, nescaya Aku akan penuhkan dadamu dengan kecukupan, dan Aku menutup kefakiran kamu. Jika kamu tidak melakukannya nescaya Aku membuatkan diri kamu sentiasa dalam keresahan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. " (Riwayat alTirmizi)

2. Nafsu tidak akan kenyang

Maksud Hadis; Daripada Anasra, Nabi saw bersabda; " Seandainya anak Adam mempunyai dua lembah harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga. Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah ( kuburnya ) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat. ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

3. Kekayaan yang sebenar

Maksud hadis : Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: " Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya hartabenda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa."
(Riwaya al-Bukhari & Muslim)

4. Menghargai segala nikmat Allah

Ertinya : " Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: " Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah," (Riwayat Muslim)

5. Dua mata yang terselamat

Ertinya : Daripada Ibn Abbas ra, Nabi saw bersabda, Dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka, mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga malam mengawal 'jalan Allah'." (Riwayat atTirmizi)

6. Berwaspada daripada terleka dengan suatu yang tidak kekal

Maksud Hadis: Daripada Abdullah bin al-Syikhir ra, Nabi saw bersabda: " Wahai anak Adam! Adakah kamu memiliki daripada harta kamu melainkan apa yang kamu makan, lalu engkau menghabiskannya, atau engkau memakainya lalu engkau melusuhkannya, atau engkau bersedekah lalu engkau kekalkannya (pada hari pembalasan)." (Riwayat Muslim)

7. Tiada ketenangan dengan kepincangan akhlak

Ertinya: Daripada al-Nawwas bin Sam'an ra, : Aku bertanya kepada Nabi saw tentang kebaikan dan dosa, lalu baginda menjawab :" Kebaikan adalah akhlak yang baik, manakala dosa ialah apa yang berbolak-balik di dalam dada engkau dan engkau tidak gemar manusia mengetahuinya." (Riwayat Muslim)

28 JamadilAkhir 1432 Hirjah

Monday, May 30, 2011

Valley Of The Wolves Palestine 2011 (English Subs)

Salam Semua..


Hari Ini saya ingin Share Sebuah Telemovie  bertajuk 'Valley Of The Wolves Palestine 2011' Berkisahkan perjuangan Umat Islam menentang Israel Laknat. Kalau tak silap saya cerita di ambil dalam Bahasa Turkey. Dan Cerita telah di edit dengan Sari Kata dalam Bahasa Inggeris.. Saksikan Cerita Yg Penuh Menyayat Hati dan beri semangat untuk memperjuangkan Bumi Islam Bumi Palestin..

Jutaan Terima Kasih Kepada Teman saya yang kenalkan Movie ini kepada  saya..Semoga Allah Merahmati Kamu Sentiasa. Amin Ya Rabb



Download Movie Penuh Disini:


Sekian, Wasalam

Gurau & Canda Nabi Muhammad SAW

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,
"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.
"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu".
Para sahabat yang berada di situ berkata,
"bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".
"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".
"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".
Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.
Pandangan Saya
Kwn2, Islam Membataskan umatnya dalam bergurau.. Bergurau janganlah sampai kerterlampuan sehingga mengaibkan orang lain, menjatuhkan maruah Agama Islam ataupun bergurau sehingga menyakiti Hati orang lain..
Bersenda-gurau apabila haq dan benar, maka tidak ada larangan. Apalagi kalau tidak sering melakukan hal itu. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bercanda dan tidak mengatakan kecuali yang benar. Adapun yang mengandung kebohongan, maka tidak dibolehkan, 

Hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ,

وَيْلٌ لِلَّذِيْ يُحَدِّثُ فَيَكْذِبَ لِيُضْحِكَ بِهِ الْقَوْمَ وَيْلٌ لَهُ ثُمَّ وَيْلٌ لَهُ
“Celaka bagi orang yang berbicara, lalu berdusta agar membuat orang lain tertawa dengan ucapannya. Celaka baginya, celaka baginya.” [1]
Hanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang memberi taufiq.

Video Clip ini menunjukkan sekumpulan gadis melayu Islam yang bergurau sehingga mempermainkan Agama Islam 

 26 JamadilAkhir 1432 Hijrah

Sunday, May 29, 2011

Kehadiran & Kelebihan Bulan Rejab

Assalamualaikum saudara/ri..

Mari sama-sama kita menghayati keistimewaan Bulan Rejab Akan bakal menjelang 1 Minggu lagi 3hb Jun 2011. Ini bermakna akan berakhirlah Bulan JamadilAkhir.Sama-samalah kita mendapati barakah dan rahmatNya..Amin Ya Rabb..


Selamat Datang Bulan Rejab
Sabda nabi S.A.W : “Sesungguhnya bulan Rejab itu bulan Allah, bulan Syaaban itu bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku.” Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang sangat dimuliakan dalam Islam. Pintu rahmat daripada Allah terbuka luas bagi hamba-hambaNya yang inginkan kesejahteraan jiwa dan ketenangan fikiran. Berikut merupakan kelebihan bulan Rejab:
  1. Malam Awal Rejab sangat mustajab Doanya
  2. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat pahala syurga yang tertinggi (Firdaus).
  3. Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya
  4. Puasa 3 hari mendapat dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan)
  5. Puasa 4 hari diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajal di hari kiamat
  6. Puasa 5 hari aman dari azab kubur
  7. Puasa 6 hari keluar dari kubur bercahaya mukanya
  8. Puasa 7 hari ditutup daripadanya 7 pintu neraka
  9. Puasa 8 hari dibuka baginya 8 pintu syurga
  10. Puasa 9 hari keluar dari kuburnya lalu menyeru ‘Lailahaillallah' tidak ditolak dia dari memasuki syurga
  11. Puasa 10 hari, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titian Sirotulmustaqim pada tiap-tiap satu batu.

“Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan memohon keampunan dari dosa-dosa kamu dan hindarkanlah perbuatan maksiat dalam bulan mulia iaitu bulan Rejab.

25 JamadilAkhir 1432 Hijrah

Friday, May 27, 2011

Iman, Islam dan Ihsan!!


Pengertian ISLAM

Islam daripada segi bahasa bererti sejahtera. Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat Islam ia bermaksud menyerah diri, tunduk dan patuh melaksanakan segala perintah Allah dan membenarkan semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah. 

Terdapat lima perintah Allah yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan oleh seseorang Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun Islam. Rukun-rukun Islam ini terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: 

"Islam itu adalah bahwa engkau bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan solat, menunaikan puasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan zakat dan mengerjakan haji dia Makkah jika berkemampuan."

Pengertian IMAN dan konsepnya.

Iman dari segi bahasa membawa erti percaya. Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat Islam, iman membawa maksud mengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mengamalkannya dengan anggota.
Dalam arti kata lain bahwa seseorang yang mengaku dengan lidahnya mengenai keesaan dan kekuasaan Allah, mestilah membenarkannya dengan hati dan melaksanakan segala perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya. 

Terdapat Enam Asas Kepercayaan dalam amalan, cara hidup Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun iman. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadistnya yang bermaksud: 

"Iman itu ialah bahawa kamu yakin dan;
percaya kepada Allah,
percaya kepada malaikat-malaikat-Nya,
percaya kepada kitab-kitab-Nya,
percaya kepada rasul-rasul-Nya,
percaya dengan kedatangan Hari Akhirat dan
percaya dengan ketentuan balk dan buruk dari-Nya". 

Orang yang tidak percaya dan tidak yakin dengan perkara-perkara atau rukun-rukun iman tersebut adalah kafir. Orang Islam yang menafikan salah satu atau semua rukun iman dianggap murtad iaitu terkeluar daripada agama Islam. 


Pengertian & Konsep IHSAN


Konsep ihsan ini telah digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadistnya yang bermaksud:
"Ihsan adalah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia sedang melihat kamu" 

Hadis ini menjelaskan bahwa ihsan itu adalah tindakan seseorang melakukan sesuatu amalan atau kebaikan kerana menyadari bahwa Allah sedang memerhatikan gerak-geriknya dan dia hanya mengharapkan balasan baik daripada Allah semata-mata. 

Dalam erti kata lain bahwa semua amalan kebajikan yang dilakukan adalah dengan penuh keikhlasan.
Intisari hubungan antara iman, Islam dan ihsan. 

Setelah dijelaskan maksud iman, Islam dan ihsan, maka suatu kesimpulan dapat dibuat berdasarkan hubungan ketiga-tiganya iaitu: 

1. Seseorang yang percaya dan yakin dengan keesaan dan kekuasaan Allah (iman) akan senantiasa tunduk menerima perintah Allah dan patuh melaksanakan nya (Islam) dengan penuh keikhlasan tanpa
mengharapkan ganjaran oleh manusia (ihsan). 

2. Gabungan antara keyakinan terhadap Allah, kepatuhan melaksanakan perintah-Nya dan keikhlasan yang sepenuhnya akan melahirkan insan.Ciri-ciri orang yang sempurna iman, Islam dan ihsannya adalah seperti berikut:
  • Percaya dan yakin dengan kewujudan Allah dan kekuasaan-Nya.
  • Percaya dan yakin dengan kewujudan para malaikat, kitab-kitab suci Allah, Para Rasul,Kewujudan Hari Akhirat dan Ketentuan baik dan buruk daripada Allah (qada & qadar )
3. Taat dan tekun melaksanakan perintah-perintah Allah seperti solat lima waktu sehari semalam, puasa sebulan di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji di Makkah. Sentiasa ikhlas dalam semua amalan yang dilakukan dan sentiasa mengharapkan hanya ganjaran daripada Allah semata-mata.

Wallahu'Alam
 

Copyright © 2012 Reserved to MOHAMAD THAMIM ANSHAARI Design by CikBulat