Assalamualaikum Ya Akhi Ya Ukhti

Jom Solat..

Peperiksaan LLB 2013.. Bitaufiq Wan Najah

Computer Repair & Service

Rakan Bloggers

Banner

Friday, May 27, 2011

Iman, Islam dan Ihsan!!


Pengertian ISLAM

Islam daripada segi bahasa bererti sejahtera. Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat Islam ia bermaksud menyerah diri, tunduk dan patuh melaksanakan segala perintah Allah dan membenarkan semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah. 

Terdapat lima perintah Allah yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan oleh seseorang Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun Islam. Rukun-rukun Islam ini terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: 

"Islam itu adalah bahwa engkau bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan solat, menunaikan puasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan zakat dan mengerjakan haji dia Makkah jika berkemampuan."

Pengertian IMAN dan konsepnya.

Iman dari segi bahasa membawa erti percaya. Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat Islam, iman membawa maksud mengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mengamalkannya dengan anggota.
Dalam arti kata lain bahwa seseorang yang mengaku dengan lidahnya mengenai keesaan dan kekuasaan Allah, mestilah membenarkannya dengan hati dan melaksanakan segala perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya. 

Terdapat Enam Asas Kepercayaan dalam amalan, cara hidup Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun iman. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadistnya yang bermaksud: 

"Iman itu ialah bahawa kamu yakin dan;
percaya kepada Allah,
percaya kepada malaikat-malaikat-Nya,
percaya kepada kitab-kitab-Nya,
percaya kepada rasul-rasul-Nya,
percaya dengan kedatangan Hari Akhirat dan
percaya dengan ketentuan balk dan buruk dari-Nya". 

Orang yang tidak percaya dan tidak yakin dengan perkara-perkara atau rukun-rukun iman tersebut adalah kafir. Orang Islam yang menafikan salah satu atau semua rukun iman dianggap murtad iaitu terkeluar daripada agama Islam. 


Pengertian & Konsep IHSAN


Konsep ihsan ini telah digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadistnya yang bermaksud:
"Ihsan adalah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia sedang melihat kamu" 

Hadis ini menjelaskan bahwa ihsan itu adalah tindakan seseorang melakukan sesuatu amalan atau kebaikan kerana menyadari bahwa Allah sedang memerhatikan gerak-geriknya dan dia hanya mengharapkan balasan baik daripada Allah semata-mata. 

Dalam erti kata lain bahwa semua amalan kebajikan yang dilakukan adalah dengan penuh keikhlasan.
Intisari hubungan antara iman, Islam dan ihsan. 

Setelah dijelaskan maksud iman, Islam dan ihsan, maka suatu kesimpulan dapat dibuat berdasarkan hubungan ketiga-tiganya iaitu: 

1. Seseorang yang percaya dan yakin dengan keesaan dan kekuasaan Allah (iman) akan senantiasa tunduk menerima perintah Allah dan patuh melaksanakan nya (Islam) dengan penuh keikhlasan tanpa
mengharapkan ganjaran oleh manusia (ihsan). 

2. Gabungan antara keyakinan terhadap Allah, kepatuhan melaksanakan perintah-Nya dan keikhlasan yang sepenuhnya akan melahirkan insan.Ciri-ciri orang yang sempurna iman, Islam dan ihsannya adalah seperti berikut:
  • Percaya dan yakin dengan kewujudan Allah dan kekuasaan-Nya.
  • Percaya dan yakin dengan kewujudan para malaikat, kitab-kitab suci Allah, Para Rasul,Kewujudan Hari Akhirat dan Ketentuan baik dan buruk daripada Allah (qada & qadar )
3. Taat dan tekun melaksanakan perintah-perintah Allah seperti solat lima waktu sehari semalam, puasa sebulan di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji di Makkah. Sentiasa ikhlas dalam semua amalan yang dilakukan dan sentiasa mengharapkan hanya ganjaran daripada Allah semata-mata.

Wallahu'Alam

No comments:

Post a Comment

Jazakallahu Khairan atas perkongsian komen anda

 

Copyright © 2012 Reserved to MOHAMAD THAMIM ANSHAARI Design by CikBulat