Assalamualaikum Ya Akhi Ya Ukhti

Jom Solat..

Peperiksaan LLB 2013.. Bitaufiq Wan Najah

Computer Repair & Service

Rakan Bloggers

Banner

Wednesday, September 7, 2011

Pengasas Yayasan Sofa


Al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki

Beliau dilahirkan pada 29 Sya’ban 1394H bersamaan 16 September 1974 di Kg. Chenong, Rembau, Negeri Sembilan dan merupakan satu-satunya anak lelaki daripada pasangan Hj. Kamaludin Bin Mahat dan Hjh. Zainab Binti Mahmud. Sebagai tunjang dan pencetus utama, Yayasan Sofa, bolehlah dikatakan segala kejayaan yang dicapai oleh Yayasan Sofa semenjak penubuhannya adalah hasil lontaran idea-idea bernas beliau yang berwawasan. Beliau juga merupakan seorang penulis yang telah berjaya menghasilkan lebih dari 200 buah kitab dalam pelbagai disiplin ilmu. Oleh kerana itu, tidak hairanlah ketika berusia 32 tahun beliau telah terpilih sebagai penerima Anugerah Khas Maal Hijrah 1427 peringkat Negeri Sembilan. Bahkan, melihat kepada kepakarannya dalam bidang ilmu agama, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan semenjak tahun 2003. Sekalipun telah berjaya memperolehi segulung Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al-Azhar, beliau tidak pernah berhenti menambah ilmunya dengan bermusafir ke serata dunia Islam. Di antara gurunya yang terakrab ialah pakar hadith dari Makkah al-Mukarramah, Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki. Kini, hampir seluruh waktunya dicurahkan untuk mengajar ilmu di serata tempat, mengadakan kaji selidik, menulis dan melakukan usaha-usaha dakwah untuk mempertahankan Aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah dan memartabatkan anak bangsa dan agama.

Alhamdulilah saya berkesempatan mendengar ceramah Agama beliau yang sangat bermakna bagi saya di Masjid Al-Hidayah,Taman Melawati sekitar Tahun 2010.. Semoga Perjuangan Beliau sentiasa diberi pertolongan oleh Allah Taala demi menegakkan Agama Islam.Amin Ya Rabb...

No comments:

Post a Comment

Jazakallahu Khairan atas perkongsian komen anda

 

Copyright © 2012 Reserved to MOHAMAD THAMIM ANSHAARI Design by CikBulat