Assalamualaikum Ya Akhi Ya Ukhti

Jom Solat..

Peperiksaan LLB 2013.. Bitaufiq Wan Najah

Computer Repair & Service

Rakan Bloggers

Banner

Thursday, June 9, 2011

Fadhilat Membaca Surah Yasin

MENGANDUNGI 83 AYAT

SURAH KE-36 DI DALAM AL-QURAN

DINAMAKAN YASSIN KERANA DIMULAI
DENGAN HURUF YA & SIN

DITURUNKAN SESUDAH SURAH AL-JIN

SURAH YASSIN

Perkara-perkara yang dinyatakan di dalam Surah Yassin

Bukti-bukti adanya hari berbangkit mensucikan Allah dari sifat-sifat yang tidak layak bagi-nya; anggota badan manusia menjadi saksi pada hari kiamat atas segala perbuatannya di dunia.

Kisah utusan-utusan Nabi Isa A.S dengan penduduk anthakiyah.

Tidak ada faedah peringatan bagi orang-orang musyrik;.

Allah menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan.

Semua bintang- bintang di cakrawala berjalan pada garis edar yang telah
ditetapkan Allah.

Ajal dan hari kiamat datangnya secara tiba- tiba.

Allah menghibur hati Rasulullah SAW terhadap sikap kaum musyrikin yang menyakitkan hatinya.

SURAH YASSIN

Fadhilat Surah Yassin

    •   Hadrat Ata ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda,  ”Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan     dipenuhi".
    •  Dikatakan di dalam sebuah hadith, “Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-quran ialah Surah Yassin. Barangsiapa membaca Surah Yassin Allah S.W.T. Akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh al-quran sebanyak sepuluh kali."
    •  Menurut sebuah hadith yang lain, Allah S.W.T membacakan Surah Yassin dan SurahTaha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan kepada para malaikat pun berkata,"umat dimana Al-quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya , yakni yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membcanya akan juga dirahmati.
    •  Ada satu lagi Riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."
    • Mengikut sebuah hadith, Surah Yassin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) kerana ia mengandungi manafa'at kepada pembacanya, di dalam kehidupan dunia dan juga akhirat, ia menghindarkan penderitaan di dunia & akhirat dan menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang engkar (tidak beriman).
    • Menurut satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hatiku menghendaki supaya SurahYassin berada di setiap hati Ummatku,"

    • Diriwayatkan pada hadith yang lain, "Barang siapa membaca Surah Yassin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika sesaorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya."
    • Maqri rahmat-Ullah 'alaih berkata, "Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu. "Menurut sebuah hadith yang lain jikalau sesaorang itu membaca Surah Yassin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.
    • "Siapa saja, orang muslim, tatkala akan meninggal di bacakan Surah Yassin maka turunlah untuk setiap satu huruf sepuluh malaikat; mereka berdiri berbaris di hadratnya memohonkan rahmat dan keampunan untuknya, pula menyaksikan di mandikan jenazah, menghantarnya, mennyembahyangkannya juga ikut hadir di dalam pemakamnya.
    • Dan siapa sahaja, orang islam, membaca Surah Yassin ketika sakratulmaut tidak hendak mengambil rohnya sehingga kehadiran Malaikat Ridwan dengan membawa seteguk minuman Syurga dan diminumkan kepadanya di atas pembaringannya dan dirasakan kesegarannya ketika di ambil nyawanya juga kesegaran kelak di dalam kubur dan ia tidak memerlukan telaga para nabi, hingga masuk Syurga ia selalu merasakan kesegaran.“


UNTUK KESELAMATAN DIRI YANG, SUSAH MENJADI SENANG

Ayat 1 – 9     -         Untuk keselamatan diri
Ayat 9           -         Orang jahat tidak Nampak kita terutamanya orang kafir
Ayat 12         -         Merupakan JANTUNG YASSIN - Rasulullah S.A.W. Berharap ayat ini

                                  Dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35   -       Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23   -       Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29         -         Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan 
                                  mulut.
Ayat 29         -         Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah/aniaya kita. Lebih elok
                                  selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ayat 30         -         Untuk keinsafan - supaya dapat dipertemukan dengan Allah S.W.T.
                                  (Harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32         -         Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.


Ayat 33 - 35   -         Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman
akan subur.
Ayat 36         -           Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan
berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di
pertemukan jodoh. Caranya: baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37         -        Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering
                                 akan hidup semula.
Ayat 38          -       Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada allah S.W.T. Yang
                                 satu.
Ayat 39         -        Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40         -        Merupakan kenyataan Allah S.W.T. Yang satu.
Ayat 41          -       Mengisahkan Nabi Noh A.S. Naik kapal - elok dibaca sewaktu menaiki 
                                 kenderaan.
Ayat 44         -          Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk dijauhkan  
                                fitnah dalam hidup.

Ayat 45 – 48  -      Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah S.W.T.
Ayat 49          -       Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama - datang
                                dengan tiba-tiba, tiupan ke-dua - hancur ,tiupan ke-tiga. Semua orang di  
                                hidupkan semula dan hadir di padang mahsyar.
Ayat 50         -       Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58         -       Merupakan salam daripada allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan 
                                sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76         -       Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76         -       Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urutdada, 
                                bacalah ayat tsbt.


Ayat 78 - 79        -     Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula
 daripada ayat yang bermaksud: "dia berkata, siapakah (yang dapat)   
 menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?„
Ayat 78 dan 79   -     bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Ayat 79                -         Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya
     pertama kali. Dan dia maha mengetahui tentang segala makhluk.
Ayat 82                -         Untuk hajat - jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan
     minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis  
     ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: sembahyang tahajjud 
     (3x) berturut-turut.

SURAH YASSIN

Surah Yassin

AYAT 9 - "WAJA'ALNA...."
• LINDUNGI RUMAH DARI PENCURI - BACA DAN TIUP DI TIAP-TIAP PENJURU
RUMAH.
• LINDUNGI DIRI DARI DIANIAYA
• BAGI PERLINDUNGAN DIRI DAN RUMAH SEMASA TIDUR
• BACA AYAT 9
• FATIHAH
• READ 3 QUL (THREE TIMES EACH)
• AYAT KURSI

AYAT 29 - "IN KANAT ILLA...."
• UNTUK MENDIAMKAN ORANG YANG SELALU MELEMPAR KATA-KATA
BURUK/TIDAK MENYENANGKAN KEPADA ANDA.

AYAT 36 - "SUBHANALLAZI..“
• UNTUK CARI JODOH * TIUP 7 KALI DALAM TANGAN DAN SAPU KE
MUKA PADA PAGI HARI • YA WADUD (3X)

AYAT 58 - "SALAMUN..."
• JIKA SAKIT ANGGOTA
• TAK TENANG HATI
• BACA (7 X) DAN GOSOK PADA TEMPAT SAKIT

AYAT 76 - "FALAYAHZUN.."
• BILA RASA SEDIH
• UNTUK MENENANGKAN HATI
• GOSOK JANTUNG SAMBIL BACA

AYAT 78 - 79 "DARI YUHYIL WAHIYA..."
• TULANG PATAH
• SAKIT SENDI
• SAKIT LUTUT

AYAT 82 - "INNAMA AMRUHU.."
• JIKA MANDUL
• UNTUK MENGUBATI KANSER ATAU TUMBUHAN DALAM BADAN

8 Rejab 1432 Zulhijjah

No comments:

Post a Comment

Jazakallahu Khairan atas perkongsian komen anda

 

Copyright © 2012 Reserved to MOHAMAD THAMIM ANSHAARI Design by CikBulat