Hari ini marilah kita memperingati satu peristiwa besar yang menimpa umat ini pada abad yang lalu. Peristiwa tersebut dikenali sebagai 'Nakbah' yang membawa maksud 'Mala Petaka Besar'. Secara rasminya kemuncak Peristiwa Nakbah berlaku pada 15 Mei 1948. Pada petang 14 Mei 1948 Bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya dikebarkan bendera ' The Star of David' dan pada keesokan harinya iaitu pada 15 Mei 1948 negara haram Israel diisytiharkan oleh Perdana Menterinya yang pertama David Ben Gurion.
Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh Pertubuhan Zionis Antarabangsa bahkan mendapat kelulusan rasmi dari Kuasa-kuasa Barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat. Tragedi tersebut menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanahair mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah mereka kini sudah melebihi 5 juta orang dan sehingga kini mereka tanpa mendapat sebarang pembelaan termasuklah daripada Negara-negara umat Islam.
Jika kita merasakan tragedi Nakbah ini tiada kena mengena dengan diri kita maka ada sesuatu yang tidak kena dengan pandangan hidup kita sebagai seorang muslim. Apakah asas kepada perkara ini?.
Yang utama adalah akibat daripada leburnya konsep ummah dan digantikan dengan konsep negara bangsa 'Nation State' yang dipaksakan oleh penjajahan ratusan tahun ke atas umat Islam. Umat yang diiktiraf oleh Al-Quran sebagai umat yang satu. Firman Allah SWT dalam surah Al-Mukminun ayat 52 : Maksudnya; "Sesungguhnya kamu adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka hendaklah engkau bertakwa kepada-Ku".
Oleh kerana begitu mendalamnya konsep 'Nation State' yang diperkenalkan oleh penjajah, maka kita pada hari ini tidak lagi menganggap umat Islam di luar dari batas sempadan antarabangsa sebagai saudara yang wajib dibela dan dipertahankan. Bahkan kadang-kadang timbul pula sentiment merendah-rendahkan muslim di negara lain atau dari bangsa lain . Oleh kerana robohnya konsep umat ini, kesatuan umat Islam berjaya dipecahkan dan sememangnya itulah yang menjadi hasrat musuh-musuh Islam.
Musuh Islam amat menyedari asas kepada kekuatan umat Islam bukan kekuatan ekonomi atau hasil-mahsulnya, tetapi kekuatan persaudaraan yang terbina di atas asas akidah yang kukuh. Apabila akidah berjaya dihakis dari jati diri umat Islam, tidak ada lagi sisa kekuatan ukhuwwah yang terbina di atasnya. Akhirnya mudahlah wilayah umat Islam dijajah satu-persatu. Bahkan legasi penjajahan itu berterusan apabila mereka melakarkan sempadan-sempadan politik yang palsu sehingga wujudlah 50 negara Islam yang merdeka dan 19 negara lain yang bergabung bersama wilayah bukan Islam.
Negara-negara Islam ini hanya dipisahkan oleh garisan lurus yang dilukis dengan pembaris seperti Mesir, Sudan, Libia, Tunisia, Maghribi dan Negara-negara Arab yang lain. Seperti juga Jordan, Syria, Iraq dan Palestin. Begitu juga halnya negara kita Malaysia dan Indonesia yang dipisahkan di peringkat awal lagi oleh satu garisan lurus yang merentas Selat Melaka pada tahun 1824 hasil persetujuan British dan Belanda. Justeru negara Islam yang jumlahnya 69 buah dan menempatkan 1.6 bilion umat Islam tidak mampu membela saudara seagamanya di Palestin. Hakikatnya Palestin dikelilingi oleh Negara-negara Arab-Islam yang kaya raya dengan hasil petroleumnya, tetapi seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa.
Sikap tidak peduli umat Islam terhadap saudaranya di Palestin lebih parah daripada sekadar kegagalan memenuhi tuntutan ukhuwwah. Sebabnya ialah bumi Palestin bukan sekadar satu daripada wilayah umat Islam yang dikuasai oleh musuh, tetapi lebih penting daripada itu. Ia adalah tanah suci umat Islam. Mungkin umat Islam terlupa bahawa kita mempunyai tiga tanah suci. Di samping Makkatul-Mukarramah dan Madinatul-Munawwarah, kita punya tanah suci yang ketiga iaitu Baitul-Mukaddis di mana terletaknya Masjidil-Aqsa.
Ia menjadi tempat persinggahan nabi Muhammad s.a.w. dalam Peristiwa Israk dan Mikraj. Rasulullah s.a.w. mengisytiharkan Baitul-Muqaddis mempunyai makna yang cukup besar bagi dirinya dan bagi umat Islam. Di samping Masjidil-Aqsa itu sendiri mempunyai pelbagai kelebihan berdasarkan hadith-hadith yang berkaitan. Solat di Masjidil-Aqsa juga menjanjikan pahala sehingga 500 kali ganda berbanding bersolat di tempat yang lain.
Peristiwa Nakbah yang telah dirancang sejak tahun 1897, disusuli dengan penaklukan British ke atas Palestin pada tahun 1917 direstui oleh Parlimen British melalui lobi yahudi yang mengizinkan bangsa yahudi untuk memasuki Palestin sebagaimana yang termaktub dalam Deklarasi Balfour 1917, dan pembahagian Palestin kepada negara Arab dan yahudi oleh Resolusi PBB 181 pada tahun 1947 dan pencerobohan pengganas-pengganas yahudi yang merampas tanahair rakyat Palestin pada tahun 1948 sebenarnya adalah titik hitam kepada penderitaan yang berlanjutan sehingga kini.
Pengisytiharan negara haram Israel pada tahun 1948 telah membuka laluan kepada penaklukan seluruh bumi Palestin pada tahun 1967. Pada tahun tersebut Baitul-Mukaddis Timur di mana terletaknya Masjidil-Aqsa, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza diduduki oleh Israel. Masjidil-Aqsa terus dikepung dan dikuasai oleh yahudi zionis sehingga kehari ini. Mereka telah melakukan pelbagai rancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut termasuklah dengan peristiwa pembakaran masjid pada 21 Ogos 1969 dan meletakkan bahan letupan di bawah binaan masjid.
Mereka menggali terowong di bawah masjid serta mendirikan kuil di bawahnya. Kesemua peristiwa ini gagal menggerakkan hati nurani umat Islam untuk berjuang bersungguh-sungguh bagi membebaskan tanah sucinya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Salahuddin Al-Ayyubi ketika Baitul-Mukaddis dikuasai oleh kaum salibiyyah.
Apa yang lebih mengecewakan lagi ialah sikap pemimpin-pemimpin negara umat Islam terhadap isu Palestin. Ketika rakyat Palestin di Gaza menghadapi kepungan paling dahsyat sehingga sampai ke tahap membunuh, pemimpin negara-negara Islam diam membisu seribu bahasa. Rakyat Gaza berhadapan dengan sekatan bahan api, bekalan elektrik dipotong, tidak ada barangan yang boleh dibawa masuk atau keluar, terputus bekalan ubat-ubatan, makanan dan keperluan asas yang lain, bahkan bekalan klorin untuk merawat air minuman juga dinafikan.
Hari ini pesakit-pesakit meninggal dunia semata-mata kerana hospital tiada bekalan elektrik dan tidak dapat membekalkan ubat-ubat untuk penyakit kronik seperti pesakit buah pinggang, kencing manis dan kanser. Ini tidak termasuk rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel yang melancarkan serangan demi serangan ke atas penduduk awam. Bilangan orang awam yang terbunuh akibat serangan peluru berpandu dan bedilan meriam Israel untuk bulan April tahun ini sahaja telah mencecah puluhan orang.
Walau bagaimanapun, janji Allah itu benar. Tidak ada sesuatu pun kehendak Allah yang boleh disekat. Kita menyaksikan hari ini bagaimana regim-regim negara Arab yang mengkhianati saudara-saudara seagama di Palestin ditumbangkan oleh rakyatnya satu persatu. Regim yang mewarisi dasar-dasar pemerintahan Amerika Syarikat dan melindungi Israel akhirnya dijatuhkan dengan penuh penghinaan.
Dalam konteks ini bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Musuh Islam amat menyedari asas kepada kekuatan umat Islam bukan kekuatan ekonomi atau hasil-mahsulnya, tetapi kekuatan persaudaraan yang terbina di atas asas akidah yang kukuh. Apabila akidah berjaya dihakis dari jati diri umat Islam, tidak ada lagi sisa kekuatan ukhuwwah yang terbina di atasnya. Akhirnya mudahlah wilayah umat Islam dijajah satu-persatu. Bahkan legasi penjajahan itu berterusan apabila mereka melakarkan sempadan-sempadan politik yang palsu sehingga wujudlah 50 negara Islam yang merdeka dan 19 negara lain yang bergabung bersama wilayah bukan Islam.
Negara-negara Islam ini hanya dipisahkan oleh garisan lurus yang dilukis dengan pembaris seperti Mesir, Sudan, Libia, Tunisia, Maghribi dan Negara-negara Arab yang lain. Seperti juga Jordan, Syria, Iraq dan Palestin. Begitu juga halnya negara kita Malaysia dan Indonesia yang dipisahkan di peringkat awal lagi oleh satu garisan lurus yang merentas Selat Melaka pada tahun 1824 hasil persetujuan British dan Belanda. Justeru negara Islam yang jumlahnya 69 buah dan menempatkan 1.6 bilion umat Islam tidak mampu membela saudara seagamanya di Palestin. Hakikatnya Palestin dikelilingi oleh Negara-negara Arab-Islam yang kaya raya dengan hasil petroleumnya, tetapi seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa.
Sikap tidak peduli umat Islam terhadap saudaranya di Palestin lebih parah daripada sekadar kegagalan memenuhi tuntutan ukhuwwah. Sebabnya ialah bumi Palestin bukan sekadar satu daripada wilayah umat Islam yang dikuasai oleh musuh, tetapi lebih penting daripada itu. Ia adalah tanah suci umat Islam. Mungkin umat Islam terlupa bahawa kita mempunyai tiga tanah suci. Di samping Makkatul-Mukarramah dan Madinatul-Munawwarah, kita punya tanah suci yang ketiga iaitu Baitul-Mukaddis di mana terletaknya Masjidil-Aqsa.
Ia menjadi tempat persinggahan nabi Muhammad s.a.w. dalam Peristiwa Israk dan Mikraj. Rasulullah s.a.w. mengisytiharkan Baitul-Muqaddis mempunyai makna yang cukup besar bagi dirinya dan bagi umat Islam. Di samping Masjidil-Aqsa itu sendiri mempunyai pelbagai kelebihan berdasarkan hadith-hadith yang berkaitan. Solat di Masjidil-Aqsa juga menjanjikan pahala sehingga 500 kali ganda berbanding bersolat di tempat yang lain.
Peristiwa Nakbah yang telah dirancang sejak tahun 1897, disusuli dengan penaklukan British ke atas Palestin pada tahun 1917 direstui oleh Parlimen British melalui lobi yahudi yang mengizinkan bangsa yahudi untuk memasuki Palestin sebagaimana yang termaktub dalam Deklarasi Balfour 1917, dan pembahagian Palestin kepada negara Arab dan yahudi oleh Resolusi PBB 181 pada tahun 1947 dan pencerobohan pengganas-pengganas yahudi yang merampas tanahair rakyat Palestin pada tahun 1948 sebenarnya adalah titik hitam kepada penderitaan yang berlanjutan sehingga kini.
Pengisytiharan negara haram Israel pada tahun 1948 telah membuka laluan kepada penaklukan seluruh bumi Palestin pada tahun 1967. Pada tahun tersebut Baitul-Mukaddis Timur di mana terletaknya Masjidil-Aqsa, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza diduduki oleh Israel. Masjidil-Aqsa terus dikepung dan dikuasai oleh yahudi zionis sehingga kehari ini. Mereka telah melakukan pelbagai rancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut termasuklah dengan peristiwa pembakaran masjid pada 21 Ogos 1969 dan meletakkan bahan letupan di bawah binaan masjid.
Mereka menggali terowong di bawah masjid serta mendirikan kuil di bawahnya. Kesemua peristiwa ini gagal menggerakkan hati nurani umat Islam untuk berjuang bersungguh-sungguh bagi membebaskan tanah sucinya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Salahuddin Al-Ayyubi ketika Baitul-Mukaddis dikuasai oleh kaum salibiyyah.
Apa yang lebih mengecewakan lagi ialah sikap pemimpin-pemimpin negara umat Islam terhadap isu Palestin. Ketika rakyat Palestin di Gaza menghadapi kepungan paling dahsyat sehingga sampai ke tahap membunuh, pemimpin negara-negara Islam diam membisu seribu bahasa. Rakyat Gaza berhadapan dengan sekatan bahan api, bekalan elektrik dipotong, tidak ada barangan yang boleh dibawa masuk atau keluar, terputus bekalan ubat-ubatan, makanan dan keperluan asas yang lain, bahkan bekalan klorin untuk merawat air minuman juga dinafikan.
Hari ini pesakit-pesakit meninggal dunia semata-mata kerana hospital tiada bekalan elektrik dan tidak dapat membekalkan ubat-ubat untuk penyakit kronik seperti pesakit buah pinggang, kencing manis dan kanser. Ini tidak termasuk rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel yang melancarkan serangan demi serangan ke atas penduduk awam. Bilangan orang awam yang terbunuh akibat serangan peluru berpandu dan bedilan meriam Israel untuk bulan April tahun ini sahaja telah mencecah puluhan orang.
Walau bagaimanapun, janji Allah itu benar. Tidak ada sesuatu pun kehendak Allah yang boleh disekat. Kita menyaksikan hari ini bagaimana regim-regim negara Arab yang mengkhianati saudara-saudara seagama di Palestin ditumbangkan oleh rakyatnya satu persatu. Regim yang mewarisi dasar-dasar pemerintahan Amerika Syarikat dan melindungi Israel akhirnya dijatuhkan dengan penuh penghinaan.
"Sebahagian dari umatku tidak akan berhenti berjihad di pintu-pintu Dimashq (Damsyik) dan di pintu-pintu Al-Quds (Palestin) dan di sekelilingnya. Pengkhianatan dan pembelotan oleh orang yang khianat tidak akan menyakiti golongan ini sedikit pun. Mereka akan tetap menang, mempertahankan kebenaran sehingga saat berlakunya kiamat".
(Riwayat At-Tabarani)
Kita ingin mengingatkan seluruh umat Islam, isu yang berkaitan dengan permasalahan bumi Palestin bukan isu politik, tetapi ia adalah isu yang berkait langsung dengan akidah umat Islam. Apakah jawapan yang bakal kita berikan nanti di hadapan Allah SWT, apabila umat Islam membiarkan saudara-saudara seagamanya dizalimi, dianiaya, dibiarkan mati kebuluran bahkan dibunuh dengan kejam oleh regim zionis yahudi?.
Sebuah hadith daripada Mu'az bin Jabal bahawa Rasulullah s.a.w. menegaskan dengan maksudnya:
"Allah Maha Besar akan memberi kamu kekuatan untuk menawan Asy-Syams (Palestin) selepas kewafatanku. Orang laki-laki dan wanita akan bertahan di sana sampai kiamat. Sesiapa di kalangan kamu yang memilih salah satu dari pantai-pantai Asy-Syams (termasuk Gaza) atau Baitul-Mukaddis adalah mereka itu berada di dalam jihad sehingga hari pengadilan".
Hadith daripada Abi Umamah Al-Bahili bahawa Rasulullah s.a.w. mengingatkan dengan maksudnya:
" Sekumpulan dari kalangan umatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh-musuh mereka dan orang-orang yang menentang mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian. Para sahabat bertanya; "Di manakah mereka hai Rasulullah?.
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Di Baitul-Mukaddis dan kawasan sekelilingnya".
(Riwayat Abdullah bin Ahmad dan At-Tabarani)
Hadith-hadith yang terbit dari mulut Rasulullah s.a.w. adalah satu bukti bahawa apa yang berlaku pada hari ini adalah satu kebenaran yang telah pun disusun oleh Allah SWT. Kita pada hari ini amat beruntung kerana para sahabat hanya mendengar beritanya daripada Rasulullah s.a.w. sedang kita menyaksikannya dengan mata kepala kita sendiri. Alangkah ruginya jika kita tidak mengambil sebanyak manfaat dari peristiwa ini untuk menyuburkan iman dan keyakinan kita berjuang pada jalan Allah?.
Maksudnya: " Mereka merancang dan Allah merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang ".
(Ali 'Imran: 54)
Khutbah Jumaat Bacaan 24 Jun 2011
Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati oleh Imam Prof Madya Deen
Pensyarah Undang-Undang IIUM
No comments:
Post a Comment
Jazakallahu Khairan atas perkongsian komen anda