Assalamualaikum Ya Akhi Ya Ukhti

Jom Solat..

Peperiksaan LLB 2013.. Bitaufiq Wan Najah

Computer Repair & Service

Rakan Bloggers

Banner

Monday, December 12, 2011

“Aku adalah seorang ulama. Allah kurniakan keimanan di dalam 
Hatiku. Seorang yang beriman lebih mulia dari orang yang tidak
beriman. Sekiranya aku bangun menghormati kamu, ini bermakna
aku telah menghina agamaku sendiri,” kata Badiuzzaman Said Nursi.

“Dengan mengatakan aku orang yang tidak beriman, awak sebenarnya
telah menghina aku dan tenteraku. Bahkan awak juga telah menghina
bangsa dan negaraku. Kerana itu awak akan dihukum,” marah
Jeneral Nicolas Nicolavich.

Dialog tersebut berlaku apabila Jeneral Rusia yang terkenal itu melawat tempat
tahanan perang Qusturma. Badiuzzaman Said Nursi antara mereka yang menjadi
tawanan ditempat itu. Apabila Jeneral Nicolas Nicolavich melawat tempat 
tersebut maka semua tahanan diminta berdiri dan tunduk tanda hormat. Semua
tahanan berdiri kecuali Badiuzzaman Said Nursi. Tindakannya itu menuimbulkan
kemarahan jeneral tersebut. 

Beberapa orang rakannya cuba memujuk Badiuzzaman Said Nursi supaya pergi
memohon maaf kepada Jeneral Nicolas Nicolavich. Tetapi beliau menjawab
dengan katanya.

“Aku tidak boleh melakukan sesuatu yang bercanggah dengan
peganganku”.

“Tuan boleh dihukum mati kerana menghina jeneral itu,” pujuk
Kawan-Kawannya. 

“Aku begitu berhasrat untuk pergi ke alam Akhirat dan berada di
sisi Rasulullah. Aku hanya memerlukan pasport untuk ke sana. Ini
adalah peluang aku untuk mendapatkannya,” tegas Badiuzzaman
Said Nursi yang tidak berganjak dari pendiriannya.

Badiuzzaman Said Nursi dijatuhkan hukuman tembak kerana dituduh menghina 
Jeneral Nicolas Nicolavich. Sebelum hukuman dijalankan, beliau
meminta untuk berwuduk dan sembahyang sunat dua
rakaat.Permintaannya itu diperkenankan oleh Jeneral Nicolas Nicolavich
yang turut menyaksikan hukuman tersebut .

Badiuzzaman Said Nursi sembahyang dengan kusyuk. Selesai
sembahyang dengan tenang beliau pergi ke tempat hukuman tembak
dijalankan. Ketenangan yang ditunjukkan itu membuat jeneral Rusia itu
berasa kagum. 

“Kamu tidak takut ditembak?” tanya Jeneral Nicolas Nicolavich.
“Saya tidak takut kerana dapat tiket ke syurga,” jawab Badiuzzaman Said
Nursi.

Jeneral Nicolas Nicolavich berasa kagum lalu berkata. “Aku sangka apa yang
kamu lakukan untuk menghina aku, sebab itulah kamu dikenakan
hukuman. Sekarang aku faham, kamu bertindak mengikut iman kamu,
kamu laksanakan apa yang diperintah oleh agama kamu. Dengan ini, aku
gugurkan hukuman ke atas kamu.Kamu sememangnya berhak mendapat
penghormatan dan pujian disebabkan kebaikan dan keimanan yang kamu
miliki.Aku mohon maaf kerana menyusahkan kamu,” kata Jeneral itu.

Gambar di bawah adalah gambar sebenar yang sempat dirakamkan semasa
Badiuzzaman Said Nursi sedang bersembahyang sebelum hukuman
tembak dijalankan.

Dapatkan buku ini Hasil Penulisan Tuan Abdul Latip yang akan diterbitkan tidak lama lagi. InsyaAllah..Semoga dengan penerbitan buku ini dapat menambah tahap keimanan kita terhadap Agama Allah. Amin Ya Rabb

No comments:

Post a Comment

Jazakallahu Khairan atas perkongsian komen anda

 

Copyright © 2012 Reserved to MOHAMAD THAMIM ANSHAARI Design by CikBulat