Assalamualaikum Ya Akhi Ya Ukhti

Jom Solat..

Peperiksaan LLB 2013.. Bitaufiq Wan Najah

Computer Repair & Service

Rakan Bloggers

Banner

Sunday, February 26, 2012

Kuliah Maghrib Surau Al- Mustaqim AU5C , Lembah Keramat

Salam'alaikum Sahabat Muslimin & Muslimat, Jom pakat ramai-ramai pergi Kuliah Maghrib ini. 

Saturday, February 25, 2012

Biodata Syeikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki

Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad 


Sewaktu berusia 14 tahun , dia pernah menjadi Imam terawih di sebuah masjid di Toif , Mekah . Berkebolehan meniru lebih 15 suara bacaan ayat suci al-Quran , termasuk Sheikh Maasyari al-Afaasy dan Sheikh Maher Muaqliyy .

Qari kepada diRaja Arab Saudi , jawatan yang belum pernah ( ketika itu ) disandang oleh orang Melayu . Pengiktirafan keatas bangsa melayu secara keseluruhan nya . Siapakah lelaki yang dimaksudkan ?

itulah ; Sheikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki , 29 Mac 1979 yang lahir dan dibesarkan di Kota Suci Makkah al-Mukaramah , Arab Saudi .

Tidak pernah lupa dengan asal usulnya yang mempunya kacukan darah Melayu di Malaysia dan Thailand .

Pendidikan :

Mendapat bimbingan agama dari ayahanda , sehingga mampu khatam al-quran beberapa kali sewaktu diusia muda .

Seusia 8 tahun , Sheikh Abdul Karim sering mengikut ayahnya mempelajari dan mendalami talaqqi dan tahfiz al-Quran di Masjid al-Haram .

Melanjutkan pelajarannya di Masjid Abdullah bin Abbas di Taif , Mekah .

Belajar di sekolah pondok di Pattani dan Thanawi di Maahad Darul Maarif , Thailand . Mempunyai diploma jurusan Syariah , Maahad 'Ali Li al-Dirasat al-Islamiyyah wal 'Arabiyyah
( MADIWA ) , Perak .

Seusai tamat pembelajarannya dalam jurusan syariat Islam di Universtiti al-Azhar di Mesir , beliau mendapat tawaran biasiswa melanjutkan sarjana muda nya di Universiti King Saud , Arab Saudi dalam jurusan Pendidikan Tafsir dan Hadis .

Sheikh Abdul Rahman Abdul Azizi al-Sudais , Imam besar Masjid al-Haram ketika membuat kunjungan ke Kuala Lumpur , Sheikh Abdul Karim memperdengarkan bacaan surah al-Fatihah dan ayat-ayat suci al-Quran dihadapan as-Sudais .

Tertarik dengan bacaan nya itu , as-Sudais memberikan anugerah kepada Sheikh Abdul Karim sebagai as-Sudais kedua di Malaysia .

As-Sudais juga , pernah menawarkan Sheikh Abdul Karim menjadi imam di masjid al-Haram .

Allahu'alam


sumber asal: http://abuqawliy18.blogspot.com 

Syeikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati


Alhamdulilah, berjalan dengan baik program Forum Perdana di Masjid Al-Hidayah yang bertajuk Peta Hidup. Yang menarik perhatian saya dan ramai Jemaah adalah kehadiran Syeikh Abdul Karim Umar Fatani Al-Makki, Imam Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam. Suara beliau yang sangat merdu ketika melaungkan Azan dan membacakan ayat-ayat Suci Al-Quran.. Bagaikan Seolah-olah berada di Tanah Suci Mekah. Walaupun saya belum kesempatan ke Tanah Suci lagi namun siapa yang tidak kenal suara Imam Besar Masjidil Haram seperti Syeikh Sudais dan Syeikh Maher al-Muaqly.

Beliau mampu meniru Suara Syeikh Sudais dan Syeikh Maher al-Muaqly ketika membaca Ayat Suci Al-Quran di Masjid al-Hidayah. Memang suaranya tidak dapat dibezakan,sangat merdu.Patut Syeikh Dr Abdul Rahman Sudais memberi gelaran Sudais II Malaysia . Ada sedikit video klip yang saya ambil namum saya bermohon maaf kerana video berkenaan tidak sempurna dan tidak lengkap recordingnya.


Alhamdulilah, majlis ilmu sebegini memberi impak yang baik agar kita tidak leka dengan duniawi dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah swt. Kita perlu ingat dan sentiasa berwasapada bahawa sekiranya kita sombong, alpa dan lupa kepada Allah swt, Maka kemungkinan besar Allah akan melupakan kita jua. Saya masih ingat satu perkataan yang dilontarkan oleh Ybhg Ustaz Ahmad Husam (pendakwah muda) yang berbunyi lebih kurang begini ... "will fulus in dunia, will mampus in akhirat"..kalau diteliti ayat ini,ianya sangat bermaksud iaitu sesiapa yang pentingkan dunia dengan mencari harta tanpa beribadat kepada Allah swt, maka dia tidak selamat di akhirat. WallahuAlam.
 

Thursday, February 23, 2012

Forum Perdana Masjid Al-Hidayah Taman Melawati ( Peta Hidup) Pada 25hb Feb 2012

Assalamualaikum wbt Saudara/ri


Jom hadir ke Forum Perdana Sempena Maulidur Rasul Di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati yang akan di adakan pada hari Sabtu 25hb Feb 2012  selepas Solat Maghrib.Semoga semua berjalan dengan lancar. InsyaAllah..



Wednesday, February 22, 2012

Carian Google Translater.. (",)

Salam'alaikum Sahabat2.. 

Saya saja buat cari carian Google translater antara dua pemimpin Negara kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.. Memang kelakar jugak resultnya. Negara kita je yang ada pelbagai Gelaran sbagai contoh Datuk, Tan Sri, Datuk Paduka, Datuk Wira, Tun, dan mcm2 lagi, tapi dalam Islam Ulama adalah Pemimpin Ummah yang tertinggi. Peranan Ulama sangat besar dalam Islam. begitulah perjuangan Tuan Guru Nik Aziz sebagai pemimpin. InsyaAllah. Kalo di UK pun setahu saya gelaran tertinggi adalah 'Sir'.. Gelaran 'Sir' ini sangat sukar diperolehi. Hanya mereka yang terlibat dalam akademik tertinggi seperti Senior Dr, Senior Lawyers, dan Judges sahaja yang ada Pangkat ini.



Saturday, February 18, 2012

Apa Sebenarnya Yang Berlaku Di Syria...

kredit kepada ISMA Jordan.

Salam"alaikum Teman-teman blogger Islam Yang Dikasihi ALLAH.

Kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit berkenaan NEGARA SYRIA yang bergolak dengan tumpahan darah. Siapa yang tidak kenal Basyar Al-Assad yang dikatakan seorang syiah yang dah terkeluar dari Agama Islam. Dan sudah pastinya negara Syria diperintah oleh seorang diktator yang Kejam..

Apa itu DIKTATOR? Setahu saya diktator merupakan pemerintah yang obiter, iaitu menjadi pemerintah dengan menggunakan kekerasan. Bukan dengan pilihan Rakyat mereka.- Nak tak nak akulah pemerintah-.begitulah cara pemerintah Diktator.. Pemerintahan Diktator Libya Muammar Gaddafi telah berakhir. Jadi saya rasa, pemerintahan Basyar Al-Assad yang tidak berperikemanusian ini akan berakhir dengan secepat mungkin dengan Bantuan Allah swt.

Kerajaan Syria dibawah pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak. 
 
Dan mereka ini tidak akan kekal seperti dalam surah ar-Ra’d ayat 17: 

“Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.” 

Antara Kekejaman Diktator Basyar Al-Assad yang dapat saya cari dari pelbagai blog , antaranya ialah:-

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh oleh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang-abang, ayah, anak-anak, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..


Marilah kita sama-sama berdoa untuk Umat Islam kita di Syria dalam masa yang sukar ini agar mereka akan melaluinya dengan tabah dan mudah-mudahan Allah meringankan bebanan dan kesusahan Rakyat Umat Islam Di Syria.

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau Lindungilah Semua Umat Islam khasnya Umat Islam di Syria agar mereka bebas dari cengkaman pemerintahan yang zalim. Ya Allah Ya Wali (Maha Melindungi) , Kau Lindungilah Wanita-wanita Islam, Kanak-kanak, dan Warga tua. Kau Hancurkanlah pemerintahan kejam Kafir Laknat Ya Allah. Kau Hancurkanlah kaum yang menindas Umat Islam sebagaimana Kau telah hancurkan Umat-umat terdahulu. Sesungguhnya Kaulah Maha Melindungi dan Maha Mengasihani.
Amin Ya Rabb.

sumber rujukan asal :
1. http://ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=534
2. http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=12502
 

Monday, February 13, 2012

Jangan Sombong Pada Allah SWT

Salam'alaikum Saudara/ri Yang dikasihi Allah swt.. kali ini sya ingin share satu kartun komik berkenaan Sombong..sombong bukan sebarang Sombong...ini Sombong Pada Allah swt... Ada byk perkara yang kita tak sedar bahawa yg kita telah meyombongkan diri kita kepada Allah.. Sebagai Contohnya, tidak berdoa kepada Allah, tidak suka mendengar Nasihat @ Tazkirah Agama, tidak menyempurnakan Solat Fardhu dan sebagai. Sesungguhnya kita harus sedar bahawa Allah melaknat Hambanya yang sombong terhadap Perintah-Nya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata.

Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” 

Saudara/ri,sebagaimana yang kita tahu bahwa kita hanya menumpang sementara di muka Bumi milik Allah ini yang dijadikan sebagai Pentas Lakonan untuk Para Hambanya.. Maka Hamba yang berlakon dengan baik iaitu beriman maka dapat la ganjaran Syurga dan sebaliknya sesiapa berlakon dengan tidak baik iaitu sombong untuk beribadat kepada Allah, akan menerima padah Api Neraka. Wallahu Alam. 



Sunday, February 12, 2012

Pohon Kurma Yang Menangis



Adanya pohon kurma yang menangis ini berlaku di zaman Rasulullah saw..MENGAPA sampai pokok ini menangis?


 Kisahnya, Jabir bin Abdillah r.a berkata :


"Adalah dahulu Rasulullah saw berdiri (BERKHUTBAH) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan MIMBAR baginya, kami telah mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah saw turun kemudian beliau MELETAKKAN TANGANNYA di atas batang pokok kurma tersebut."
[HR. Al-Bukhari dalam Shohihnya (876)]

 Ibnu Umar r.a berkata :


"Dulu Nabi Muhammad saw berkhutbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau BERPINDAH ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi Muhammad saw mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya)."

[HR. Al-Bukhari dalam Shohihnya (3390), dan At-Tirmidzi dalam Sunannya (505)]


p/s : SAYANGNYA dan KASIHNYA sebatang pohon kurma kepada Rasulullah saw sehingga MENANGIS kerana Rasulullah berpindah ke mimbar untuk berkhutbah..pohon kurma yang tidak akan terkena SIKSA API NERAKA seperti pada zaman Rasulullah..Allahuallah, bagaimana pula KASIH SAYANG kita kepada Rasulullah saw, nabi kesayangan kita?

Thursday, February 9, 2012

Solat Sambil Kendong Bayi (Khas utk kaum Ibu)

Allah Maha Besar. Sangat Mudah Agama Allah ini. Masih ada kemudahan yang dibolehkan Syarak untuk seseorang itu bersolat sambil kendong bayinya. Solat ini boleh dipraktikkan di luar rumah, sebagai contohnya Ibu membawa bayinya  keluar tanpa bertemankan orang dewasa lain. Ketika solatnya, si ibu boleh sempurnakan solat sambil kendong anaknya. Hal ini secara langsung menerangkan bahawa tiada alasan untuk mengatakan tidak dapat melaksanakan kewajiban Bersolat Fardhu. Hal ini jugak menjamin keselamatan bayi. Islam itu Mudah. Wallahu'alam..




Elakkan Berkata”kalau”


Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
 
Riwayat Muslim

Huraian

1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.

2. Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.

3. Ucapan ‘kalau’ tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua. 

sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Monday, February 6, 2012

Hukum Alkohol dalam Minyak Wangi (Ketika Solat)



PERBANDINGAN HUKUM PENGGUNAAN MINYAK WANGI BERALKOHOL
SAH ATAU TIDAK SAH SOLAT?


PENGGUNAAN minyak wangi yang mengandungi alkohol dibenarkan dengan syarat kadar kandungan alkohol yang sedikit dan tidak membahayakan. Sekiranya kadar kandungan alkohol tinggi dan membahayakan, ia sewajarnya tidak digunakan kecuali terdesak (darurat). - Oleh Dr Abdul Salam Muhammad Shukri

Sumber JAKIM:
Minyak wangi beralkohol harus digunakan dalam solat. Hal ini kerana alkohol yang terkandung di dalam wangian bukan dari sumber yang najis.

Sumber JAIS:
Sah, tetapi perlu dipastikan dahulu minyak wangi itu tidak diperbuat daripada najis atau benda yang haram.

Sumber JAKIM:
Alkohol merupakan satu cecair yang dijadikan sebahagian campuran bahan dalam minyak wangi dan minuman keras ataupun ubat-ubatan. Alkohol adalah tidak najis dan boleh digunakan di dalam solat jika kandungan alkohol tersebut dalam kadar yang sedikit dan tidak boleh dipisahkan dengan bahan asli. Alkohol yang diperoses bagi menghasil arak adalah najis dan haram.


Hukum Perfume Beralkohol Mengikut Mazhab
Sumber: www.zaharuddin.net

1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut : 
 
"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90). 
 
Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:
 
"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "
 
Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut

"Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"
Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis. 
 
1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.
 
2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan" 
 
3) Mazhab Shafie arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali); 
 
4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).
Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk
 
Kesimpulanya: Penggunaan Minyak Wangi Beralkahol adalah dibenarkan mengikut syarak namun haruslah berjaga-jaga dalam jumlah kandungan Alkahol yang terdapat dalam wangian tersebut. dan pastikan Alkohol tersebut bukanlah alkahol bernajis.


sumber :http://dukeamienerev.blogspot.com

Saturday, February 4, 2012

Al-habib Muhammad s.a.w
Salam Maulidur Rasul 1433 kepada Semua Muslimin & Muslimat Yg Dirahmati Allah Taala. Semoga Kecintaan kita terhadap Baginda Rasullulah S.A.W sentiasa mekar dan subur di hati kita. InsyaAllah. 
Muslim (408) meriwayatkan dalam sahihnya dari hadith Abi Hurairah bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
"Barangsiapa berselawat sekali ke atasku, Allah berselawat sepuluh kali ke atasnya."

 
 

Copyright © 2012 Reserved to MOHAMAD THAMIM ANSHAARI Design by CikBulat