Allah secara jelas menegah orang-orang yang beriman daripada melakukan amalan menilik nasib. Ini dapat diperhatikan melalui banyak ayat di dalam al-Quran seperti dalam Surah al-Maidah: ayat 90:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, berjudi, berhala, mengundi nasib adalah perbuatan keji dari amalan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh kejayaan.
Tidak perlu diperjelaskan lagi ayat muhkamat ini. Secara nyata amalan menilik nasib adalah daripada hobi syaitan yang senantiasa menghasut manusia kepada mengikuti cara dan jalannya. Kesan daripada mengikuti amalan syaitan ini tidak lain hanya membawa kepada kesesatan, kesyirikan, permusuhan antara manusia, dan kelalaian dalam beribadah kepada Allah Taala.
Konsep Tilik Nasib:
Takrif tilk nasib:

Tilik nasib secara umumnya membawa maksud melihat, merenung, menelaah, atau meramal nasib seseorang dari segi untung malangnya atau baik buruknya atau ya tidaknya berpandukan kepada sesuatu perhitungan seperti bintang, tarikh lahir, tahi lalat, perhitungan nasib secara undian seperti membaling buah dadu, membaling duit syiling dan sebagainya dengan tujuan mempercayai bahawa nasib manusia telah ditentukan berdasarkan perhitungan tersebut.
Ilmu dan perkara berkaitan tilik nasib:
Batiniyah, gnosticism, astrologi, numerologi, palmistry, divinasi, rahsia nombor, kod al-Quran, horoskop, zodiak, tilik bintang, rahsia tarikh lahir, rahsia tapak tangan, rahsia tahi lalat, dan bermacam-macam rahsia lagi.
Kitab-kitab muktabar ilmu tilik nasib:
Antara kitab-kitab yang sering menjadi rujukan di alam Melayu ialah Taj al-Muluk yang telah diwartakan haram oleh JAKIM. (Sila lihat pada artikel lalu: Kitab-kitab berunsur Okultisme dalam Masyarakat Melayu)
Sejarah amalan tilik nasib:
Sejak zaman dahulu lagi ketika zaman Mesopotamia, Mesir kuno, Greek yang mempopularkan ilmu zodiak bintang 12 dewa, Persia, golongan Arab Jahiliyah, dan juga golongan Batiniyah dalam masyarakat Islam, termasuk lah di Alam Melayu.
Penularan fenomena tilik nasib di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia pada hari ini:
-secara lisan yang menyebarkan kepercayaan di kalangan masyarakat
-melalui media elekrtobik dan cetak yang banyak mengiklankan perkara-perkara ini tanpa batasan seperti horoskop dan sebagainya
-melalui bahan bacaaan seperti buku dan majalah
-melalui program bermacam-macam jenis rahsia-rahsia dengan bertujuan kononnya meningkatkan motivasi dengan menggunakan kaedah-keadah falsafah Yunani golongan Sophist seperti pengiraan tarikh lahir yang menyesatkan.
Dalil-dalil Bahawa Menilik Nasib adalah Haram dan Merupakan Dosa Besar
Sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud: Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa hina atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan.
(Dikeluarkan oleh at-Tabrani di dalam Mu'jam al-Kabir: 14770.
Dalam hadis yang lain Rasulullah (s.a.w) bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun lalu dia membenarkan apa-apa yang dikatakan maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad.
(Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya: 9532).

Sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud::
Barangsiapa yang mengambil sebahagian daripada ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah menambil sebahgian daripada sihir. Setiap kali bertambah ilmu bintangnya maka bertambah pula ilmu sihirnya.
(Dikeluarkan Abu Daud:3950; Ibn Majah: 3726)

Sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud:
Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.
(Sahih Muslim: 2230)
Menilik Nasib Mensyirikkan Allah
Kebiasaannya, mereka yang pergi menilik nasib adalah mereka yang merasa hina dan kecewa, yang hilang motivasi dan pengharapannya kepada Allah. Mereka sebelum pergi ke program tilik nasib secara tidak langsungnya sudahpun meletakkan pengharapan, pergantungan, dan kepercayaan kepada rahsia yang bakal diketahuinya yang diyakini akan mengubah hidupnya. Ini secara nyata mempunyai unsur kesyirikan.
Cerita semakin bertambah buruk!!! (mengadaptasi dari gimik Pak Engku IIS) bilamana mereka didedahkan rahsia-rahsia alam dari tukang-tukang tilik tersebut, maka bertambahlah keimanan mereka kepada tuah dan malangnya mereka kepada rahsia-rahsia yang kini tidak lagi menjadi rahsia. Mereka begitu percaya bahawa nasib mereka bakal berubah setelah mengetahu hakikat rahsia yang ada pada tarikh lahir mereka yang hanya boleh diketahui oleh mereka yang membayar antara RM100 dan RM450 kepada si tukang tilik. Kalau yang percuma pun ada, tapi kurang berkesan sedikit berbanding menghadiri program yang dianjurkan oleh tukang tilik nasib bertaraf pakar.
Mereka akhirnya pulang ke rumah dengan bertuhankan kepada rahsia tersebut…. Na’uzubillahi min zalik.
Menjauhi Tilik Nasib Akan Membawa Kepada Kejayaan dan Kecemerlangan
Allah sudah memberi penegasan yang nyata melalui Surah al-Maidah: ayat 90 tersebut bahawa orang yang meninggalkan dan menjauhi amalan tilik nasib dan amalan-amalan syaitan yang lain akan menjadi orang orang yang berjaya.
Tapi, ramai di kalangan masyarakat muslim lebih percaya kepada tukang tilik berbanding dengan janji yang telah Allah nyatakan di dalam ayat ini. Mereka percaya bahawa rahsia yang diberikan oleh tukang tilik dalam surat khabar atau dalam program motivasi lebih meyakinkan dari perkara nyata yang tidak rahsia yang dinyatakan di dalam al-Quran.
Tukang tilik dengan pelbagai helah dan kejahilannya mengatakan bahawa tujuan mereka adalah supaya manusia kembali kepada Allah walaupuan pada hakikatnya cara dan pendekatan yang digunakan adalah salah. Mereka juga menggunakan helah bahawa rahsia tarikh lahir tidak sama dengan horoskop orang Yunani. Tarikh lahir mereka berdasarkan kajian sedangkan horoskop berdasarkan tilikan bintang. Adakah mereka tidak mengetahui bahawa horoskop itu sendiri bertujuan sebagai panduan kepada tarikh lahir manusia sebagaimana yang diamalkan oleh penyembah-penyembah dewa beragama pagan pada zaman Yunani kuno? Mereka mengatakan lagi bahawa mereka berdasarkan kajian yang telah terbukti benar. Maka jawaplah kepada mereka bahawa bukan kerana benar atau salah yang menjadi persoalan di sini. Tilik Nasib itu adalah berkenaan cara dan kaedah yang kamu gunakan untuk mengetahui benar dan salah. Rasionalnya, cara itulah yang diharamkan dan dianggap sebagai antara dosa besar di sisi Islam. Ada pula golongan yang membawa idea baru melihat tarikh lahir ikut bulan Hijriah, jadi ia adalah satu bentuk horoskop yang Islamik tidak seperti zodiak Yunani. Hanya orang yang jahil sahaja akan berkata demikian...
Kesimpulannya, manusia hendaklah bergantung kepada Allah semata-mata. Tinggalkan amalan tilik nasib, nescaya anda akan menjadi orang yang cemerlang, gemilang, dan terbilang sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah. sumber : http://xinniralubayna.blogspot

Salam Alaik . syukran atas perkongsiannya dan sedikit sebanyak membantu ana . Btw , mohon share ea :)
ReplyDelete