Assalamualaikum Ya Akhi Ya Ukhti

Jom Solat..

Peperiksaan LLB 2013.. Bitaufiq Wan Najah

Computer Repair & Service

Rakan Bloggers

Banner

Wednesday, January 4, 2012

Maksud Sabar dan Kebaikanya Dalam Islam

ASSALAMUALAIKUM wbt TEMAN2 BLOGGER YANG DIRAHMATI ALLAH s.w.t ..

Entri kali bertajuk SABAR..MAKSUD SABAR DALAM ISLAM? DAN BETULKAH SABAR ITU SEPARUH IMAN KITA??

Saudara/ri,
Sabar menurut bahasa bererti menahan dan mengekang. Di antaranya disebutkan pada QS.Al-Kahfi [18]: 28 “Dan tahanlah dirimu bersama dengan orang-orang yang menyeru Rabbnya di pagi dan di senja hari dengan mengharap keridhaanNya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka.” Kebalikan sabar adalah jaza’u (sedih dan keluh kesah), sebagaimana di dalam firman Allah QS. Ibrahim [14]: 21, “…sama saja bagi kita mengeluh ataukah bersabar. Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri.”

Manakala Menurut syariat Islam pula bermaksud tabah menghadapi sesuatu keadaan yang tidak disenangi oleh manusia serta rela menyerah diri kepada Allah dan tidak pernah mengenal putus asa. Sebagai contoh yang paling mudah adalah solat 5 waktu.. Hendaklah kita menunaikan solat lima waktu ini dengan penuh KESABARAN dan BERIMAN.

Terdapat beberapa Batas-Batas dalam Kesabaran, Antaranya:- 
1. Sabar menghadapi dugaan dunia
2. Sabar daripada mengikut ajakan nafsu
3. Sabar mentaati Allah s.w.t
4. Sabar menghadapi kesusahan ketika berdakwah ke jalan Allah
5. Sabar ketika perang
6. Sabar dalam perhubungan sesama manusia

Betul ke kita ini beriman sekiranya BERSABAR?.Memang betul Saudara/ri yang dirahmati Allah, memupuk kesabaran dalam jiwa ini bukan senang, sebab itulah SABAR MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI IMAN KITA. .Sebagai buktinya KESABARAN sering disebut-sebut dalam Al-Quran.. Antara sebahagianya ialah :-

1. Sabar & YAKIN (Surah As-Sajadah:24)
2. Sabar & SYUKUR ( 4 kali dalam al-Quran)
3. Sabar & TAWAKKAL (al-Nahl:41-42)
4. Sabar & SOLAT (al-Baqarah: 153)
5. Sabar & TASBIH & ISTIQFAR (al-Mukmin:55)
6. Sabar & JIHAD (Muhammad: 31)
7. Sabar & AMALAN SOLEH (Hud: 11)
8. Sabar & TAQWA (ali-Imran: 120)
9. Sabar & KEBENARAN (Al-Asr:1-3)
10. Sabar & RAHMAT (al-Balad: 17)

Dan Allah juga menjanjikan kebaikan dan Rahmat-Nya bagi hamba-hamba yang mengamalkan sikap SABAR.

1. Allah bersama dengan orang yang sabar (al-baqarah: 153)
2. Allah kasih terhadap orang yang sabar (ali-Imran: 146)
3. Allah menyebut berita gembira kepada orang yang sabar (al-baqarah: 157)
4. Dijamin pembalasan terhadap amalan mereka yang baik (al-Nahl:96)
5. Mendapat pahala tanpa hisab(az-sumar: 10)

 Jelas, SABAR sentiasa disebut dalam Al-Quran untuk dijadikan panduan dalam hidup kita.

Antara Faktor Yang Penghalang Tahap Kesabaran itu ialah Gopoh dan tergesa-gesa dalam melakukan ssuatu pekerjaan, mudah marah, terlampau sedih, dan putus asa dalam sesuatu perkara. Percaya teman2, seandainya kita mengamalkan sikap SABAR, kita pasti akan mendapat ketenangan dan Rahmat Allah kerana KESABARAN ITU BOLEH MENGAWAL DIRI KITA TERJEBAK DENGAN PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BAIK..

MEMUPUK KESABARAN ITU MUNGKIN PAHIT TAPI AKAN MANIS SEKIRANYA KITA DAPAT MENGAMALKAN.,. INSYAALLAH

1 comment:

Jazakallahu Khairan atas perkongsian komen anda

 

Copyright © 2012 Reserved to MOHAMAD THAMIM ANSHAARI Design by CikBulat