Assalamualaikum Ya Akhi Ya Ukhti

Jom Solat..

Peperiksaan LLB 2013.. Bitaufiq Wan Najah

Computer Repair & Service

Rakan Bloggers

Banner

Sunday, May 6, 2012

Larangan Mencipta Hadis Palsu



Hadith:

Dari Mughirah r.a katanya ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya berdusta berkenaan dengan ucapanku tidaklah sama dengan dusta terhadap ucapan orang lain. Siapa yang sengaja berdusta tentang hadithku, maka hendaklah dia menempati tempatnya di neraka.”

(Bukhari)
Hadis Palsu atau istilah hadisnya dikenali sebagaiHadith al-Maudhu' . Ia dibincangkan secara mendalam di dalam disiplin ilmu yang dikenali sebagaiMustalah al-Hadith. Para ulama telah menjelaskan pengertian Hadis Maudhu' ini, sebagai contoh Imam Muhammad Jamaluddin al-Qasimi dalam Qawa'id al-Tahdith fi Funun Mustalah al-Hadith, beliau menyatakan bahawa ia hadis dusta atau yang direka oleh seseorang perawi secara sengaja dan disandarkan hadis tersebut kepada Rasulullah SAW.

Sekalipun ia dikenali sebagai Hadis Maudhu', namun ia sama sekali bukannya hadis yang diucapkan atau yang disandarkan kepada Rasulullah SAW. Bahkan, ia sama sekali tidak boleh dikategorikan di dalam kategori hadis Rasulullah SAW, walaupun dalam kategori Hadis Dhaif!

Perlu juga kita fahami bahawa sandaran 'Hadis'kepada Hadis Maudhu', bukan bermakna ia diiktiraf sebagai sebahagian daripada hadis Rasulullah SAW, bahkan ia merupakan satu istilah dalam disiplin ilmu hadis yang menggambarkan ia bukanlah hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, malah ia merupakan satu pendustaan yang direka oleh perawi dan mendakwanya sebagai hadis.

Saranan peribadi : Tindakan tegas wajib di ambil oleh Jabatan Agama Islam terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab yang mencipta hadis-hadis palsu bagi mengelirukan Umat Islam. Penyebaran hadis-hadis palsu yang berleluasa di Internet harus dibendung segera agar Umat Islam tidak keliru dan terjebak dengan hadis palsu. Dan Umat Islam seharusnya mengkaji dahulu hadis berkenaan sama ada sahih atau tidak dengan pihak yang lebih arif dalam bidang hadis. WallahuAlam. -mohamad thamim-

No comments:

Post a Comment

Jazakallahu Khairan atas perkongsian komen anda

 

Copyright © 2012 Reserved to MOHAMAD THAMIM ANSHAARI Design by CikBulat