Assalamualaikum Ya Akhi Ya Ukhti

Jom Solat..

Peperiksaan LLB 2013.. Bitaufiq Wan Najah

Computer Repair & Service

Rakan Bloggers

Banner

Sunday, May 6, 2012

5 Binatang Kecil Yang Haram Dibunuh


Ada 5 jenis binatang yang haram untuk dibunuh. Kelima jenis binatang itu adalah:

1. Ash-shurad
Shurad adalah burung berkepala besar dan berparuh besar, perutnya putih, punggungnya hijau, memangsa serangga dan burung kecil. Burung ini lebih besar dari burung pipit dan terkadang memangsa burung pipit.

2. Kodok/katak.
Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi saw beliau bersabda, "Janganlah kamu membunuh katak!" (Shahih, dalam kitab Shahih al-Jami' ash-Shaghir [7390]).

Diriwayatkan dari Abdurrahman bin Utsman r.a, "Dilarang membunuh katak dengan alasan untuk ubat-ubatan," (Shahih, dalam kitab Shahih al-Jami' ash-Shaghir [6971]).

3. Semut.

Khatabi dan Baghawi menegaskan bahwa semut di sini bukan semua jenis semut, tapi semut Sulaimaniyah, iaitu semut besar yang tidak membahayakan dan tidak menyerang manusia. Adapun semut-semut kecil yang kadang termasuk wabah dan mengganggu serta menyerang manusia, maka boleh dibunuh. Imam Malik mengatakan makruh hukumnya membunuh semut yang tidak membahayakan. Namun meskipun boleh membunuh semut, tapi sebaiknya mebunuh semut dengan cara tidak membakarnya, kerana ada hadis yang menegaskan bahawa yang berhak menyeksa dengan api adalah Tuhan api. (HR Abu Dawud dari Ibnu Mas’ud).

Larangan membunuh semut

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:

Dari Rasulullah saw. bahwa seekor seekor semut pernah menggigit salah seorang nabi. Nabi tersebut lalu memerintahkan untuk mendatangi sarang semut dan membakarnya. Tetapi kemudian Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya kerana seekor semut menggigitmu lantas kamu membinasakan satu umat yang selalu bertasbih. (Shahih Muslim No.4157)

4. Burung Hud-hud (sejenis burung pelatuk).

Burung Hud-hud adalah burung yang pernah berdialog dengan Nabi Sulaiman. Dan merupakan utusan Nabi Sulaiman yang menyampaikan surat kepada Ratu Balqis.

5. Lebah.

Kebanyakan ulama mengatakan hukum lebah sama dengan semut dengan landasan hadis di atas, iaitu larangan membunuhnya dan larangan memakannya. Namun para ulama menerangkan bahawa larangan membunuh lebah kerana menghasilkan madu yang berguna bagi manusia. Meskipun demikian ada beberapa pendapat lemah yang mengatakan boleh memakan lebah kerana disamakan dengan belalang dan begitu juga boleh membunuh lebah karena bisa menyengat, apalagi lebah yang membahayakan dan tidak memproduksi madu.

berdasarkan hadits Abu Hurairah -radhiallahu 'anhu-, beliau berkata:

نَهَى رسول الله صلى الله عليه وسلم عَنْ قَتْلِ الصُّرَدِ وَالضِّفْدَعِ وَالنَّمْلَةِ وَالْهُدْهُدِ

“Rasulullah -Shallallahu 'alaihi wasallam- melarang membunuh shurad, katak, semut, dan hud-hud. (HR. Ibnu Majah dengan sanad yang shohih).
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu anhuma, dia berkata, Rasulullah melarang kami membunuh empat macam binatang: Semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad (HR. An-Nasa’i dan Ahmad).

Adapun serangga atau hewan kecil lainnya, kalau memang membahayakan atau menimbulkan malapetaka, seperti hama, baik hama burung, belalang, tikus dlsb. maka boleh membunuhnya dan bahkan dianjurkan. Hukum ini dilandaskan kepada kaidah hukum Islam "semua yang menimbulkan bahaya (mudarat) harus dihilangkan". Begitu juga serangga seperti nyamuk yang menimbulkan penyakit harus diberantas, bahkan meskipun dengan menggunakan bahan kimia.

Diriwayatkan dari Abu Zuhair an-Numairi, Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah kalian membunuh belalang, kerana belalang itu salah satu tentara Allah yang terbesar," (Hasan, dalam kitab ash-Shahihah [2428]).

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi saw beliau bersabda, "Janganlah kalian membunuh katak!" (Shahih, dalam kitab Shahih al-Jami' ash-Shaghir [7390]).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, "Dilarang membunuh burung shurd, katak, semut dan burung hud-hud," (Shahih, dalam kitab Shahih al-Jami' ash-Shaghir [6970]).

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, "Dilarang membunuh empat jenis binatang, semut, lebah, burung hud-hud dan burung shurd," (Shahih, dalam kitab Shahih al-Jami' ash-Shaghir [6967]).

Ana memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dalam post kali ini. Segala sumber adalah dari beberapa blog dan buku dan untuk berkongsi dengan rakan bloggers sekalian. WallahuAlam.-mohamad thamim

3 comments:

  1. Tak payahlah terlampau warna sampai tulisan pun tak dapat nak baca... nak tunjuk saja atau nak suruh orang baca?

    ReplyDelete
  2. maaf saudara. saya share kat FB erk. semoga saudara dibayar dengan pahala...

    ReplyDelete

Jazakallahu Khairan atas perkongsian komen anda

 

Copyright © 2012 Reserved to MOHAMAD THAMIM ANSHAARI Design by CikBulat