Assalamualaikum wbt sahabat sekalin yg dikasihi Allah swt. Alhamdulilah syukur ke Hadrat Illahi kerana masih memberi nyawa dikandung badan kita untuk menjalani Ibadah Puasa yg sangat mulia di bulan Ramadhan ini.Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa kali ini dengan lebih baik dari yg sebelumnya. InsyaAllah. Selamat berpuasa semua.
Showing posts with label Bumi Palestin. Show all posts
Showing posts with label Bumi Palestin. Show all posts
Thursday, July 19, 2012
Tuesday, June 19, 2012
Salam Syaaban (Kelebihan Bulan Syaban)
Syaaban dan Kelebihannya
REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan bersama Rejab pada tahun hadapan.
Kini muncul pula bulan SYAABAN. Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.
Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.
Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”
Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
KEUTAMAAN SYAABAN:
Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”
Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”
Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”
Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”
APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?
- Memperbanyakkan puasa sunat:
i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
iii Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)
v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”
- Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:
Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.”(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
- Bertaubat:
Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.
MALAM NISFU SYAABAN:
Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban.
Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.
Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.
Tuesday, May 8, 2012
Biodata As-Syahid Ahmad Yassin (Pejuang Umat Islam Di Palestin)
Sedikit
latar belakang As-Syahid
Nama
asal – Ahmad bin Ismail bin Yassin
Dilahirkan di
daerah Wilayah Asqalan, beliau dihalau keluar dari kampung halaman dan berhijrah ke
Semenanjung Gaza diusia seawal 10tahun (1948). Bermula dari situlah beliau
tinggal bersama – sama ibunya serta seorang lagi saudaranya mula menetap di
Gaza. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran sehingga
disayangi oleh para guru di sekolah. Selain itu, beliau juga merupakan seorang
yang aktif dalam aktiviti sukan sehinggalah pada usia 16 tahun, beliau
mengalami kecederaan ketika melakukan riadhah di pantai yang mengakibatkan
beliau lumpuh pada bahagian kaki. Namun, kelumpuhan tersebut tidaklah
melumpuhkan semngat beliau dalam pelajaran mahupun aktiviti islam.
Disebabkan
kesempitan hidup, beliau menangguhkan pelajaran selama lebih kurang 3 tahun
untuk membantu keluarga. Walaubagaimanapun, beliau telah berjaya melanjutkan
pelajaran ke Universiti Ain Shams di Kaherah pada tahun 1964. Namun begitu,
setelah 2 tahun, beliau dipenjarkan oleh pihak berkuasa Mesir selama sebulan
kerana penglibatan beliau dengan Ikhwanul Muslimin ketika itu.
Sepulangnya
beliau ke Gaza, beliau meneruskan kehidupan dengan menjadi khatib Masjid Gaza
dan juga menjadi guru Bahasa Arab. Dengan waktu yang singkat, beliau begitu
terkenal dikalangan penduduk Gaza dengan khutbah – khutbahnya terutama
berkenaan pendudukan rejim Zionis di kawasan Semenanjung Gaza pada tahun 1967.
Beliau
juga merupakan pekerja kebajikan dan pendakwah yang gigih. Beliau banyak
mendidik golongan muda dengan ajaran islam. Hasilnya, Ikhwanul Muslimin
berkembang di Gaza pada tahun 1969 – 1970.
1973
– Penubuhan Mujamm’ al Islam (Akademi Islam) yang merupakan sebuah pertubuhan
yang menjaga kebajikan para pelarian Palestin.
1982
– Penubuhan Al Mujahidun Al Filastiniyun yang merupakan gerakan jihad Palestin.
Pada
tahun 1983, beliau ditangkap dan dipenjara oleh pihak rejim dengan tuduhan memiliki
senjata api dan cubaan menggugat kerajaan Zionis Israel. Beliau dihukum penjara
selama 13 tahun. Namun begitu, beliau hanya berada di dalam penjara selama
lebih kurang 11 bulan hasil pertukaran tahanan diantara pihak PLO dan pihak
rejim.
Setelah
melihat keadaan negara – negara Arab yang mula tidak bersemangat untuk
membebaskan Palestin, juga pihal PLO yang mula bertolak ansur dengan pihak
rejim, beliau menubuhkan Gerakan Pembebasan Islam (HAMAS) pada tahun 1987.
Kebanyakan ahli adalah merupakan pemuda – pemuda yang sangat dekat hati mereka
dengan masjid. Nyata pergerakkan ini memberi impak yang besar kepada pihak
rejim dan dikenali sebagai Intifadah.
Pihak
Zionis mula merasa bahang pergerakkan ini dan natijahnya, pada Ogos 1988,
beliau dihalau ke selatan Lubnan manakala rumah beliau dirobohkan. Tidak cukup
dengan itu, pada 18 Mei 1989 beliau dan ratusan ahli HAMAS yang lain dipenjara
oleh pihak Zionis kerana telah membunuh tentera – tentera dan komando -komando
Israel. Sekali lagi, hukuman penjara selama 15 tahun dijatuhkan ke atas beliau.
pada 16 Oktober 1991 atas sabit kesalahan mebunuh, menculik dan menyerang
tentera Zionis.
Sungguh
menyedihkan apabila akibat penahanan tersebut, kesihatan beliau mula terjejas.
Beliau telah lumpuh seluruh badan kecuali kepala, hilang penglihatan sebelah
kanan dan kabur di sebelah kiri, juga masalah pendengaran akibat tekanan dan
penderaan selama di dalam penjara. Beliau juga sering menghidap jangkitan paru
– paru dan abdomen sepanjang tempoh tersebut.
Pada
1 Oktober 1997, hasil rundingan pertukaran tawanan antar pihak Jordan dan
Zionis telah membebaskan Syeikh Ahmad Yassin. Beliau ditukar dengan 2 perisik
rejim ditangkap setelah gagal dalam cubaan membunuh Ketua Biro Politik Hamas di
Amman, Jordan.
Sejurus
pembebasan, beliau kembali aktif dalam memimpin HAMAS. September 2000
menyaksikan tercetusnya Intifadah ke – 2 setelah Perdana Menteri Israel, Ariel
Sharon mencemar Masjidil Aqsa bersama 200 tentera. Kesannya amat besar pada
pihak rejim. Penentangan setiap hari dengan semangat yang tidak pernah luntur
menyebabkan pihak rejim terpaksa melakukan pelbagai usaha untuk meredakan
menentangan tersebut termasuk membunuh orang – orang awam dan membunuh pejuang
dan pemimpin Palestin.
Kesannya,
ramai pemimpin HAMAS yang telah syahid dibunuh oleh pihak rejim. Syeikh Ahmad
Yassin juga tidak terlepas dari usaha jahat tersebut. Pada 6 September 2003,
sebuah helikopter Apache telah membedil rumah beliau dengan usaha untuk mebunuh
beliau namun dengan kuasa Allah SWT, nyata usaha tersebut gagal.
Namun,
pada subuh 22 Mac 2004 sekali lagi mereka berusaha untuk membunuh beliau ketika
beliau dalam perjalanan dari masjid. Sungguh, Allah telah memakbulkan doa
beliau untuk mati sebagai seorang syahid. Betapa dunia menyaksikan ketakutan
dan kekejaman rejim Zionis hanya kepada seorang lelaki berkerusi roda, yang
hanya mampu menggerakkan kepala. 3 bedilan roket dilancarkan hanya untuk
membunuh lelaki selemah ini. Sungguh, semangat beliau tidak memerlukan tubuh
yang sasa untuk menakutkan musuh.
Semoga berbahagia As Syahid Ahmad Yassin di sisi Allah. Amin Ya Rabb
Semoga berbahagia As Syahid Ahmad Yassin di sisi Allah. Amin Ya Rabb
Labels:
Bumi Palestin,
ibadat,
Pengajaran,
Pengertian2,
Tokoh Islam,
Ulama
Thursday, March 22, 2012
Fadhilat Ayat Al-Fatihah | Adab-adab membaca Surah Al-Fatihah
Al Fatihah ialah kata-kata Munajat . Dengan ayat Al Fatihah kita berkata-kata secara langsung dengan Allah s.w.t.
Maka sebelum itu kita perlu membaca kalimah ‘Ta’awwuz’ dengan tujuan memohon perlindungan diri dengan Allah SWT dari segala gangguan dan bencana yang datang dari Iblis dan syaitan yang terkutuk, kerana dialah yang sentiasa berusaha untuk memalingkan hati kita dari menghadapi Allah.
Kemudian kita diperlukan pula membaca “Bismillah” untuk mendapatkan berkat dengan nama Allah sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan, sambil mengingat bahawa Allah sahajalah yang menguasai segala-segalanya dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Oleh kerana Al Fatihah adalah Ibu Segala Ayat di dalam Quran, hati dan jiwa kita hendaklah dipusatkan kepadanya ketika lidah kita membacanya. Ketika membaca Al Fatihah, sebaik-sebaiknya hati hendaklah mendahului lidah, atau sekurang-kurangnya hendaklah lidah menjadi guru bagi hati, iaitu hati hendaklah mengingat makna sesudah lidah membacanya.
1. Ketika kita membaca ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin’ kita ingat di dalam hati bahawa segala kepujian adalah hak-kepunyaan Allah kerana Allah menjadikan seluruh alam dan mengatur serta menguasainya. Maka tidaklah ada sesiapa selain dari Allah yang berhak menerima kepujian itu.
Kemudian kita berhenti sejenak untuk menanti reaksi kepada pujian kita itu, seolah-olah kita dengar Allah menjawab: “ Aku telah disanjung oleh hambaKu.”
2. Bila kita membaca ‘Ar Rahmanir Rahim’ kita tekankan dalam hati bahawa fungsi Allah sebagai Penguasa dan Pengatur alam berlaku kerana sifat Pengasih dan PenyayangNya. Maka segala yang kita terima dari kurniaanNya adalah dengan RahmatNya semata-mata. Jika tidak kerana Rahmat-Nya, alam ini tidak mungkin terjadi dan tidak pula tersusun seperti yang kita lihat.
3. Ketika kita membaca ‘ Maliki Yaumid-Din’ hendaklah kita ingat bahawa Allah s.w.t adalah Penguasa dan Hakim yang Maha Agung di Akhirat. Hanya Dia yang membuat perhitungan dan memberi ganjaran kepada segala amalan kita di dunia. Maka tidaklah ada kuasa lain yang boleh diharap-harapkan selain dari Allah.
4. Apabila kita mebaca “Iyyaka Na’budu Wa Iyyaka Nasta’in” ingatan kita tertumpu kepada Allah yang Maha Agung dengan ikrar bahawa tidak ada sesuatu pun yang disembah melainkan ‘Engkau’. Maka secara langsung kita berikrar: KepadaMu aku beribadat dan kepadaMu jua aku memohon pertolongan! Dengan ikrar ini juga kita harap akan diperteguh i’tiqad di dada kita bahawa walaupun bantuan dari makhluk diperlukan juga dalam kehidupan kita sehari-hari, tetapi Allah adalah Penggerak dan Penolong Yang Sebenar di sebalik usaha dan ikhtiar makhlukNya.
5. Ketika kita membaca “Ihdinas-Siratal-Mustaqim” ucapan ini adalah doa dan permintaan kita supaya Allah memberi petunjuk kepada kita ke jalan yang benar dalam segala hal, baik yang mengenai amalan atau ilmu yang kita perlukan sebagai hambaNya yang taat.
Doa ini penting kerana kita tidak mungkin menemui jalan yang lurus dan benar itu jika Allah tidak memberi petunjukNya kepada kita.
6. Ketika kita membaca “Shiratal-lazina An’amta Alaihim” kita harus sematkan dalam ingatan bahawa ‘ Jalan Lurus’ yang kita pohonkan dari Allah sebenarnya adalah jalan yang pernah dinikmati oleh hamba-hamba Allah yang lain oleh pemberianNya jua. Dengan kesedaran ini semoga kita mencontohi amalan orang-ornag yang telah diberi nikmat oleh Allah di dunia ini, semoga kita akan menyertai mereka di akhirat nanti.
7. Ketika kita membaca “Ghairil Maghdubi Alaihim Waladh-Dhaal-Liiin” kita memohon pada Allah supaya dijauhkan kita dari jalan, perbuatan dan sifat manusia yang dibenci dan dimurkai oleh Allah kerana kecenderungan mereka melakukan kebatilan dan kemungkaran, sedangkan kebatilan membawa kepada kesesatan. Pada akhir ayat ini kita berhenti sejenak untuk menanti jawapan dari Allah, yang kita harap-harapkan akan berkata: “Aku beri kepada hambaKu, dan bagi hambaKu ini apa yang ia minta”.

Sumber asal : loveloveislam.blogspot.com
Labels:
Ayat Al-Quran,
Bumi Palestin,
Pengajaran,
Solat
Tuesday, March 13, 2012
Kelebihan Surah Insyirah (Surah 94)
Salam saudara/ri yang diberkati Allah swt..
Kali ini ana nak share secara ringkas mengenai kelebihan Surah Insyirah atau lebih dikenal sebagai Surah Alam Nasyrah untuk kita hayati dan amalkan bersama-sama.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
- Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku.
- Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
- Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
- Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Amin...
Labels:
Ayat Al-Quran,
Bumi Palestin,
Pengajaran,
sunnah Nabi Muhammad
Saturday, January 14, 2012
AMALAN TILIK NASIB AMALAN SYAITAN (HARAM)
Allah secara jelas menegah orang-orang yang beriman daripada melakukan amalan menilik nasib. Ini dapat diperhatikan melalui banyak ayat di dalam al-Quran seperti dalam Surah al-Maidah: ayat 90:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, berjudi, berhala, mengundi nasib adalah perbuatan keji dari amalan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh kejayaan.
Tidak perlu diperjelaskan lagi ayat muhkamat ini. Secara nyata amalan menilik nasib adalah daripada hobi syaitan yang senantiasa menghasut manusia kepada mengikuti cara dan jalannya. Kesan daripada mengikuti amalan syaitan ini tidak lain hanya membawa kepada kesesatan, kesyirikan, permusuhan antara manusia, dan kelalaian dalam beribadah kepada Allah Taala.
Konsep Tilik Nasib:
Takrif tilk nasib:

Tilik nasib secara umumnya membawa maksud melihat, merenung, menelaah, atau meramal nasib seseorang dari segi untung malangnya atau baik buruknya atau ya tidaknya berpandukan kepada sesuatu perhitungan seperti bintang, tarikh lahir, tahi lalat, perhitungan nasib secara undian seperti membaling buah dadu, membaling duit syiling dan sebagainya dengan tujuan mempercayai bahawa nasib manusia telah ditentukan berdasarkan perhitungan tersebut.
Ilmu dan perkara berkaitan tilik nasib:
Batiniyah, gnosticism, astrologi, numerologi, palmistry, divinasi, rahsia nombor, kod al-Quran, horoskop, zodiak, tilik bintang, rahsia tarikh lahir, rahsia tapak tangan, rahsia tahi lalat, dan bermacam-macam rahsia lagi.
Kitab-kitab muktabar ilmu tilik nasib:
Antara kitab-kitab yang sering menjadi rujukan di alam Melayu ialah Taj al-Muluk yang telah diwartakan haram oleh JAKIM. (Sila lihat pada artikel lalu: Kitab-kitab berunsur Okultisme dalam Masyarakat Melayu)
Sejarah amalan tilik nasib:
Sejak zaman dahulu lagi ketika zaman Mesopotamia, Mesir kuno, Greek yang mempopularkan ilmu zodiak bintang 12 dewa, Persia, golongan Arab Jahiliyah, dan juga golongan Batiniyah dalam masyarakat Islam, termasuk lah di Alam Melayu.
Penularan fenomena tilik nasib di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia pada hari ini:
-secara lisan yang menyebarkan kepercayaan di kalangan masyarakat
-melalui media elekrtobik dan cetak yang banyak mengiklankan perkara-perkara ini tanpa batasan seperti horoskop dan sebagainya
-melalui bahan bacaaan seperti buku dan majalah
-melalui program bermacam-macam jenis rahsia-rahsia dengan bertujuan kononnya meningkatkan motivasi dengan menggunakan kaedah-keadah falsafah Yunani golongan Sophist seperti pengiraan tarikh lahir yang menyesatkan.

Dalil-dalil Bahawa Menilik Nasib adalah Haram dan Merupakan Dosa Besar
Sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud: Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa hina atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan.
(Dikeluarkan oleh at-Tabrani di dalam Mu'jam al-Kabir: 14770.
Dalam hadis yang lain Rasulullah (s.a.w) bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun lalu dia membenarkan apa-apa yang dikatakan maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad.
(Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya: 9532).
Ilmu dan perkara berkaitan tilik nasib:
Batiniyah, gnosticism, astrologi, numerologi, palmistry, divinasi, rahsia nombor, kod al-Quran, horoskop, zodiak, tilik bintang, rahsia tarikh lahir, rahsia tapak tangan, rahsia tahi lalat, dan bermacam-macam rahsia lagi.
Kitab-kitab muktabar ilmu tilik nasib:
Antara kitab-kitab yang sering menjadi rujukan di alam Melayu ialah Taj al-Muluk yang telah diwartakan haram oleh JAKIM. (Sila lihat pada artikel lalu: Kitab-kitab berunsur Okultisme dalam Masyarakat Melayu)
Sejarah amalan tilik nasib:Sejak zaman dahulu lagi ketika zaman Mesopotamia, Mesir kuno, Greek yang mempopularkan ilmu zodiak bintang 12 dewa, Persia, golongan Arab Jahiliyah, dan juga golongan Batiniyah dalam masyarakat Islam, termasuk lah di Alam Melayu.
Penularan fenomena tilik nasib di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia pada hari ini:
-secara lisan yang menyebarkan kepercayaan di kalangan masyarakat
-melalui media elekrtobik dan cetak yang banyak mengiklankan perkara-perkara ini tanpa batasan seperti horoskop dan sebagainya
-melalui bahan bacaaan seperti buku dan majalah
-melalui program bermacam-macam jenis rahsia-rahsia dengan bertujuan kononnya meningkatkan motivasi dengan menggunakan kaedah-keadah falsafah Yunani golongan Sophist seperti pengiraan tarikh lahir yang menyesatkan.

Dalil-dalil Bahawa Menilik Nasib adalah Haram dan Merupakan Dosa Besar
Sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud: Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa hina atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan.
(Dikeluarkan oleh at-Tabrani di dalam Mu'jam al-Kabir: 14770.
Dalam hadis yang lain Rasulullah (s.a.w) bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun lalu dia membenarkan apa-apa yang dikatakan maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad.
(Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya: 9532).
Sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud::
Barangsiapa yang mengambil sebahagian daripada ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah menambil sebahgian daripada sihir. Setiap kali bertambah ilmu bintangnya maka bertambah pula ilmu sihirnya.
(Dikeluarkan Abu Daud:3950; Ibn Majah: 3726)

Sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud:
Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.
(Sahih Muslim: 2230)
Menilik Nasib Mensyirikkan Allah
Kebiasaannya, mereka yang pergi menilik nasib adalah mereka yang merasa hina dan kecewa, yang hilang motivasi dan pengharapannya kepada Allah. Mereka sebelum pergi ke program tilik nasib secara tidak langsungnya sudahpun meletakkan pengharapan, pergantungan, dan kepercayaan kepada rahsia yang bakal diketahuinya yang diyakini akan mengubah hidupnya. Ini secara nyata mempunyai unsur kesyirikan.
Cerita semakin bertambah buruk!!! (mengadaptasi dari gimik Pak Engku IIS) bilamana mereka didedahkan rahsia-rahsia alam dari tukang-tukang tilik tersebut, maka bertambahlah keimanan mereka kepada tuah dan malangnya mereka kepada rahsia-rahsia yang kini tidak lagi menjadi rahsia. Mereka begitu percaya bahawa nasib mereka bakal berubah setelah mengetahu hakikat rahsia yang ada pada tarikh lahir mereka yang hanya boleh diketahui oleh mereka yang membayar antara RM100 dan RM450 kepada si tukang tilik. Kalau yang percuma pun ada, tapi kurang berkesan sedikit berbanding menghadiri program yang dianjurkan oleh tukang tilik nasib bertaraf pakar.
Mereka akhirnya pulang ke rumah dengan bertuhankan kepada rahsia tersebut…. Na’uzubillahi min zalik.
Menjauhi Tilik Nasib Akan Membawa Kepada Kejayaan dan Kecemerlangan
Allah sudah memberi penegasan yang nyata melalui Surah al-Maidah: ayat 90 tersebut bahawa orang yang meninggalkan dan menjauhi amalan tilik nasib dan amalan-amalan syaitan yang lain akan menjadi orang orang yang berjaya.
Tapi, ramai di kalangan masyarakat muslim lebih percaya kepada tukang tilik berbanding dengan janji yang telah Allah nyatakan di dalam ayat ini. Mereka percaya bahawa rahsia yang diberikan oleh tukang tilik dalam surat khabar atau dalam program motivasi lebih meyakinkan dari perkara nyata yang tidak rahsia yang dinyatakan di dalam al-Quran.
Tukang tilik dengan pelbagai helah dan kejahilannya mengatakan bahawa tujuan mereka adalah supaya manusia kembali kepada Allah walaupuan pada hakikatnya cara dan pendekatan yang digunakan adalah salah. Mereka juga menggunakan helah bahawa rahsia tarikh lahir tidak sama dengan horoskop orang Yunani. Tarikh lahir mereka berdasarkan kajian sedangkan horoskop berdasarkan tilikan bintang. Adakah mereka tidak mengetahui bahawa horoskop itu sendiri bertujuan sebagai panduan kepada tarikh lahir manusia sebagaimana yang diamalkan oleh penyembah-penyembah dewa beragama pagan pada zaman Yunani kuno? Mereka mengatakan lagi bahawa mereka berdasarkan kajian yang telah terbukti benar. Maka jawaplah kepada mereka bahawa bukan kerana benar atau salah yang menjadi persoalan di sini. Tilik Nasib itu adalah berkenaan cara dan kaedah yang kamu gunakan untuk mengetahui benar dan salah. Rasionalnya, cara itulah yang diharamkan dan dianggap sebagai antara dosa besar di sisi Islam. Ada pula golongan yang membawa idea baru melihat tarikh lahir ikut bulan Hijriah, jadi ia adalah satu bentuk horoskop yang Islamik tidak seperti zodiak Yunani. Hanya orang yang jahil sahaja akan berkata demikian...
Kesimpulannya, manusia hendaklah bergantung kepada Allah semata-mata. Tinggalkan amalan tilik nasib, nescaya anda akan menjadi orang yang cemerlang, gemilang, dan terbilang sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah.
sumber : http://xinniralubayna.blogspot
Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.
(Sahih Muslim: 2230)
Menilik Nasib Mensyirikkan Allah
Kebiasaannya, mereka yang pergi menilik nasib adalah mereka yang merasa hina dan kecewa, yang hilang motivasi dan pengharapannya kepada Allah. Mereka sebelum pergi ke program tilik nasib secara tidak langsungnya sudahpun meletakkan pengharapan, pergantungan, dan kepercayaan kepada rahsia yang bakal diketahuinya yang diyakini akan mengubah hidupnya. Ini secara nyata mempunyai unsur kesyirikan.
Cerita semakin bertambah buruk!!! (mengadaptasi dari gimik Pak Engku IIS) bilamana mereka didedahkan rahsia-rahsia alam dari tukang-tukang tilik tersebut, maka bertambahlah keimanan mereka kepada tuah dan malangnya mereka kepada rahsia-rahsia yang kini tidak lagi menjadi rahsia. Mereka begitu percaya bahawa nasib mereka bakal berubah setelah mengetahu hakikat rahsia yang ada pada tarikh lahir mereka yang hanya boleh diketahui oleh mereka yang membayar antara RM100 dan RM450 kepada si tukang tilik. Kalau yang percuma pun ada, tapi kurang berkesan sedikit berbanding menghadiri program yang dianjurkan oleh tukang tilik nasib bertaraf pakar.Mereka akhirnya pulang ke rumah dengan bertuhankan kepada rahsia tersebut…. Na’uzubillahi min zalik.
Menjauhi Tilik Nasib Akan Membawa Kepada Kejayaan dan Kecemerlangan
Allah sudah memberi penegasan yang nyata melalui Surah al-Maidah: ayat 90 tersebut bahawa orang yang meninggalkan dan menjauhi amalan tilik nasib dan amalan-amalan syaitan yang lain akan menjadi orang orang yang berjaya.
Tapi, ramai di kalangan masyarakat muslim lebih percaya kepada tukang tilik berbanding dengan janji yang telah Allah nyatakan di dalam ayat ini. Mereka percaya bahawa rahsia yang diberikan oleh tukang tilik dalam surat khabar atau dalam program motivasi lebih meyakinkan dari perkara nyata yang tidak rahsia yang dinyatakan di dalam al-Quran.
Tukang tilik dengan pelbagai helah dan kejahilannya mengatakan bahawa tujuan mereka adalah supaya manusia kembali kepada Allah walaupuan pada hakikatnya cara dan pendekatan yang digunakan adalah salah. Mereka juga menggunakan helah bahawa rahsia tarikh lahir tidak sama dengan horoskop orang Yunani. Tarikh lahir mereka berdasarkan kajian sedangkan horoskop berdasarkan tilikan bintang. Adakah mereka tidak mengetahui bahawa horoskop itu sendiri bertujuan sebagai panduan kepada tarikh lahir manusia sebagaimana yang diamalkan oleh penyembah-penyembah dewa beragama pagan pada zaman Yunani kuno? Mereka mengatakan lagi bahawa mereka berdasarkan kajian yang telah terbukti benar. Maka jawaplah kepada mereka bahawa bukan kerana benar atau salah yang menjadi persoalan di sini. Tilik Nasib itu adalah berkenaan cara dan kaedah yang kamu gunakan untuk mengetahui benar dan salah. Rasionalnya, cara itulah yang diharamkan dan dianggap sebagai antara dosa besar di sisi Islam. Ada pula golongan yang membawa idea baru melihat tarikh lahir ikut bulan Hijriah, jadi ia adalah satu bentuk horoskop yang Islamik tidak seperti zodiak Yunani. Hanya orang yang jahil sahaja akan berkata demikian...
Kesimpulannya, manusia hendaklah bergantung kepada Allah semata-mata. Tinggalkan amalan tilik nasib, nescaya anda akan menjadi orang yang cemerlang, gemilang, dan terbilang sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah.
sumber : http://xinniralubayna.blogspot
Labels:
Aqidah,
Bumi Palestin,
Pengertian2
Friday, June 24, 2011
ULANGTAHUN AN-NAKBAH KE-63 ( MALA PETAKA BESAR)
Hari ini marilah kita memperingati satu peristiwa besar yang menimpa umat ini pada abad yang lalu. Peristiwa tersebut dikenali sebagai 'Nakbah' yang membawa maksud 'Mala Petaka Besar'. Secara rasminya kemuncak Peristiwa Nakbah berlaku pada 15 Mei 1948. Pada petang 14 Mei 1948 Bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya dikebarkan bendera ' The Star of David' dan pada keesokan harinya iaitu pada 15 Mei 1948 negara haram Israel diisytiharkan oleh Perdana Menterinya yang pertama David Ben Gurion.
Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh Pertubuhan Zionis Antarabangsa bahkan mendapat kelulusan rasmi dari Kuasa-kuasa Barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat. Tragedi tersebut menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanahair mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah mereka kini sudah melebihi 5 juta orang dan sehingga kini mereka tanpa mendapat sebarang pembelaan termasuklah daripada Negara-negara umat Islam.
Jika kita merasakan tragedi Nakbah ini tiada kena mengena dengan diri kita maka ada sesuatu yang tidak kena dengan pandangan hidup kita sebagai seorang muslim. Apakah asas kepada perkara ini?.
Yang utama adalah akibat daripada leburnya konsep ummah dan digantikan dengan konsep negara bangsa 'Nation State' yang dipaksakan oleh penjajahan ratusan tahun ke atas umat Islam. Umat yang diiktiraf oleh Al-Quran sebagai umat yang satu. Firman Allah SWT dalam surah Al-Mukminun ayat 52 : Maksudnya; "Sesungguhnya kamu adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka hendaklah engkau bertakwa kepada-Ku".
Oleh kerana begitu mendalamnya konsep 'Nation State' yang diperkenalkan oleh penjajah, maka kita pada hari ini tidak lagi menganggap umat Islam di luar dari batas sempadan antarabangsa sebagai saudara yang wajib dibela dan dipertahankan. Bahkan kadang-kadang timbul pula sentiment merendah-rendahkan muslim di negara lain atau dari bangsa lain . Oleh kerana robohnya konsep umat ini, kesatuan umat Islam berjaya dipecahkan dan sememangnya itulah yang menjadi hasrat musuh-musuh Islam.
Musuh Islam amat menyedari asas kepada kekuatan umat Islam bukan kekuatan ekonomi atau hasil-mahsulnya, tetapi kekuatan persaudaraan yang terbina di atas asas akidah yang kukuh. Apabila akidah berjaya dihakis dari jati diri umat Islam, tidak ada lagi sisa kekuatan ukhuwwah yang terbina di atasnya. Akhirnya mudahlah wilayah umat Islam dijajah satu-persatu. Bahkan legasi penjajahan itu berterusan apabila mereka melakarkan sempadan-sempadan politik yang palsu sehingga wujudlah 50 negara Islam yang merdeka dan 19 negara lain yang bergabung bersama wilayah bukan Islam.
Negara-negara Islam ini hanya dipisahkan oleh garisan lurus yang dilukis dengan pembaris seperti Mesir, Sudan, Libia, Tunisia, Maghribi dan Negara-negara Arab yang lain. Seperti juga Jordan, Syria, Iraq dan Palestin. Begitu juga halnya negara kita Malaysia dan Indonesia yang dipisahkan di peringkat awal lagi oleh satu garisan lurus yang merentas Selat Melaka pada tahun 1824 hasil persetujuan British dan Belanda. Justeru negara Islam yang jumlahnya 69 buah dan menempatkan 1.6 bilion umat Islam tidak mampu membela saudara seagamanya di Palestin. Hakikatnya Palestin dikelilingi oleh Negara-negara Arab-Islam yang kaya raya dengan hasil petroleumnya, tetapi seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa.
Sikap tidak peduli umat Islam terhadap saudaranya di Palestin lebih parah daripada sekadar kegagalan memenuhi tuntutan ukhuwwah. Sebabnya ialah bumi Palestin bukan sekadar satu daripada wilayah umat Islam yang dikuasai oleh musuh, tetapi lebih penting daripada itu. Ia adalah tanah suci umat Islam. Mungkin umat Islam terlupa bahawa kita mempunyai tiga tanah suci. Di samping Makkatul-Mukarramah dan Madinatul-Munawwarah, kita punya tanah suci yang ketiga iaitu Baitul-Mukaddis di mana terletaknya Masjidil-Aqsa.
Ia menjadi tempat persinggahan nabi Muhammad s.a.w. dalam Peristiwa Israk dan Mikraj. Rasulullah s.a.w. mengisytiharkan Baitul-Muqaddis mempunyai makna yang cukup besar bagi dirinya dan bagi umat Islam. Di samping Masjidil-Aqsa itu sendiri mempunyai pelbagai kelebihan berdasarkan hadith-hadith yang berkaitan. Solat di Masjidil-Aqsa juga menjanjikan pahala sehingga 500 kali ganda berbanding bersolat di tempat yang lain.
Peristiwa Nakbah yang telah dirancang sejak tahun 1897, disusuli dengan penaklukan British ke atas Palestin pada tahun 1917 direstui oleh Parlimen British melalui lobi yahudi yang mengizinkan bangsa yahudi untuk memasuki Palestin sebagaimana yang termaktub dalam Deklarasi Balfour 1917, dan pembahagian Palestin kepada negara Arab dan yahudi oleh Resolusi PBB 181 pada tahun 1947 dan pencerobohan pengganas-pengganas yahudi yang merampas tanahair rakyat Palestin pada tahun 1948 sebenarnya adalah titik hitam kepada penderitaan yang berlanjutan sehingga kini.
Pengisytiharan negara haram Israel pada tahun 1948 telah membuka laluan kepada penaklukan seluruh bumi Palestin pada tahun 1967. Pada tahun tersebut Baitul-Mukaddis Timur di mana terletaknya Masjidil-Aqsa, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza diduduki oleh Israel. Masjidil-Aqsa terus dikepung dan dikuasai oleh yahudi zionis sehingga kehari ini. Mereka telah melakukan pelbagai rancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut termasuklah dengan peristiwa pembakaran masjid pada 21 Ogos 1969 dan meletakkan bahan letupan di bawah binaan masjid.
Mereka menggali terowong di bawah masjid serta mendirikan kuil di bawahnya. Kesemua peristiwa ini gagal menggerakkan hati nurani umat Islam untuk berjuang bersungguh-sungguh bagi membebaskan tanah sucinya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Salahuddin Al-Ayyubi ketika Baitul-Mukaddis dikuasai oleh kaum salibiyyah.
Apa yang lebih mengecewakan lagi ialah sikap pemimpin-pemimpin negara umat Islam terhadap isu Palestin. Ketika rakyat Palestin di Gaza menghadapi kepungan paling dahsyat sehingga sampai ke tahap membunuh, pemimpin negara-negara Islam diam membisu seribu bahasa. Rakyat Gaza berhadapan dengan sekatan bahan api, bekalan elektrik dipotong, tidak ada barangan yang boleh dibawa masuk atau keluar, terputus bekalan ubat-ubatan, makanan dan keperluan asas yang lain, bahkan bekalan klorin untuk merawat air minuman juga dinafikan.
Hari ini pesakit-pesakit meninggal dunia semata-mata kerana hospital tiada bekalan elektrik dan tidak dapat membekalkan ubat-ubat untuk penyakit kronik seperti pesakit buah pinggang, kencing manis dan kanser. Ini tidak termasuk rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel yang melancarkan serangan demi serangan ke atas penduduk awam. Bilangan orang awam yang terbunuh akibat serangan peluru berpandu dan bedilan meriam Israel untuk bulan April tahun ini sahaja telah mencecah puluhan orang.
Walau bagaimanapun, janji Allah itu benar. Tidak ada sesuatu pun kehendak Allah yang boleh disekat. Kita menyaksikan hari ini bagaimana regim-regim negara Arab yang mengkhianati saudara-saudara seagama di Palestin ditumbangkan oleh rakyatnya satu persatu. Regim yang mewarisi dasar-dasar pemerintahan Amerika Syarikat dan melindungi Israel akhirnya dijatuhkan dengan penuh penghinaan.
Dalam konteks ini bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Musuh Islam amat menyedari asas kepada kekuatan umat Islam bukan kekuatan ekonomi atau hasil-mahsulnya, tetapi kekuatan persaudaraan yang terbina di atas asas akidah yang kukuh. Apabila akidah berjaya dihakis dari jati diri umat Islam, tidak ada lagi sisa kekuatan ukhuwwah yang terbina di atasnya. Akhirnya mudahlah wilayah umat Islam dijajah satu-persatu. Bahkan legasi penjajahan itu berterusan apabila mereka melakarkan sempadan-sempadan politik yang palsu sehingga wujudlah 50 negara Islam yang merdeka dan 19 negara lain yang bergabung bersama wilayah bukan Islam.
Negara-negara Islam ini hanya dipisahkan oleh garisan lurus yang dilukis dengan pembaris seperti Mesir, Sudan, Libia, Tunisia, Maghribi dan Negara-negara Arab yang lain. Seperti juga Jordan, Syria, Iraq dan Palestin. Begitu juga halnya negara kita Malaysia dan Indonesia yang dipisahkan di peringkat awal lagi oleh satu garisan lurus yang merentas Selat Melaka pada tahun 1824 hasil persetujuan British dan Belanda. Justeru negara Islam yang jumlahnya 69 buah dan menempatkan 1.6 bilion umat Islam tidak mampu membela saudara seagamanya di Palestin. Hakikatnya Palestin dikelilingi oleh Negara-negara Arab-Islam yang kaya raya dengan hasil petroleumnya, tetapi seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa.
Sikap tidak peduli umat Islam terhadap saudaranya di Palestin lebih parah daripada sekadar kegagalan memenuhi tuntutan ukhuwwah. Sebabnya ialah bumi Palestin bukan sekadar satu daripada wilayah umat Islam yang dikuasai oleh musuh, tetapi lebih penting daripada itu. Ia adalah tanah suci umat Islam. Mungkin umat Islam terlupa bahawa kita mempunyai tiga tanah suci. Di samping Makkatul-Mukarramah dan Madinatul-Munawwarah, kita punya tanah suci yang ketiga iaitu Baitul-Mukaddis di mana terletaknya Masjidil-Aqsa.
Ia menjadi tempat persinggahan nabi Muhammad s.a.w. dalam Peristiwa Israk dan Mikraj. Rasulullah s.a.w. mengisytiharkan Baitul-Muqaddis mempunyai makna yang cukup besar bagi dirinya dan bagi umat Islam. Di samping Masjidil-Aqsa itu sendiri mempunyai pelbagai kelebihan berdasarkan hadith-hadith yang berkaitan. Solat di Masjidil-Aqsa juga menjanjikan pahala sehingga 500 kali ganda berbanding bersolat di tempat yang lain.
Peristiwa Nakbah yang telah dirancang sejak tahun 1897, disusuli dengan penaklukan British ke atas Palestin pada tahun 1917 direstui oleh Parlimen British melalui lobi yahudi yang mengizinkan bangsa yahudi untuk memasuki Palestin sebagaimana yang termaktub dalam Deklarasi Balfour 1917, dan pembahagian Palestin kepada negara Arab dan yahudi oleh Resolusi PBB 181 pada tahun 1947 dan pencerobohan pengganas-pengganas yahudi yang merampas tanahair rakyat Palestin pada tahun 1948 sebenarnya adalah titik hitam kepada penderitaan yang berlanjutan sehingga kini.
Pengisytiharan negara haram Israel pada tahun 1948 telah membuka laluan kepada penaklukan seluruh bumi Palestin pada tahun 1967. Pada tahun tersebut Baitul-Mukaddis Timur di mana terletaknya Masjidil-Aqsa, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza diduduki oleh Israel. Masjidil-Aqsa terus dikepung dan dikuasai oleh yahudi zionis sehingga kehari ini. Mereka telah melakukan pelbagai rancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut termasuklah dengan peristiwa pembakaran masjid pada 21 Ogos 1969 dan meletakkan bahan letupan di bawah binaan masjid.
Mereka menggali terowong di bawah masjid serta mendirikan kuil di bawahnya. Kesemua peristiwa ini gagal menggerakkan hati nurani umat Islam untuk berjuang bersungguh-sungguh bagi membebaskan tanah sucinya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Salahuddin Al-Ayyubi ketika Baitul-Mukaddis dikuasai oleh kaum salibiyyah.
Apa yang lebih mengecewakan lagi ialah sikap pemimpin-pemimpin negara umat Islam terhadap isu Palestin. Ketika rakyat Palestin di Gaza menghadapi kepungan paling dahsyat sehingga sampai ke tahap membunuh, pemimpin negara-negara Islam diam membisu seribu bahasa. Rakyat Gaza berhadapan dengan sekatan bahan api, bekalan elektrik dipotong, tidak ada barangan yang boleh dibawa masuk atau keluar, terputus bekalan ubat-ubatan, makanan dan keperluan asas yang lain, bahkan bekalan klorin untuk merawat air minuman juga dinafikan.
Hari ini pesakit-pesakit meninggal dunia semata-mata kerana hospital tiada bekalan elektrik dan tidak dapat membekalkan ubat-ubat untuk penyakit kronik seperti pesakit buah pinggang, kencing manis dan kanser. Ini tidak termasuk rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel yang melancarkan serangan demi serangan ke atas penduduk awam. Bilangan orang awam yang terbunuh akibat serangan peluru berpandu dan bedilan meriam Israel untuk bulan April tahun ini sahaja telah mencecah puluhan orang.
Walau bagaimanapun, janji Allah itu benar. Tidak ada sesuatu pun kehendak Allah yang boleh disekat. Kita menyaksikan hari ini bagaimana regim-regim negara Arab yang mengkhianati saudara-saudara seagama di Palestin ditumbangkan oleh rakyatnya satu persatu. Regim yang mewarisi dasar-dasar pemerintahan Amerika Syarikat dan melindungi Israel akhirnya dijatuhkan dengan penuh penghinaan.
"Sebahagian dari umatku tidak akan berhenti berjihad di pintu-pintu Dimashq (Damsyik) dan di pintu-pintu Al-Quds (Palestin) dan di sekelilingnya. Pengkhianatan dan pembelotan oleh orang yang khianat tidak akan menyakiti golongan ini sedikit pun. Mereka akan tetap menang, mempertahankan kebenaran sehingga saat berlakunya kiamat".
(Riwayat At-Tabarani)
Kita ingin mengingatkan seluruh umat Islam, isu yang berkaitan dengan permasalahan bumi Palestin bukan isu politik, tetapi ia adalah isu yang berkait langsung dengan akidah umat Islam. Apakah jawapan yang bakal kita berikan nanti di hadapan Allah SWT, apabila umat Islam membiarkan saudara-saudara seagamanya dizalimi, dianiaya, dibiarkan mati kebuluran bahkan dibunuh dengan kejam oleh regim zionis yahudi?.
Sebuah hadith daripada Mu'az bin Jabal bahawa Rasulullah s.a.w. menegaskan dengan maksudnya:
"Allah Maha Besar akan memberi kamu kekuatan untuk menawan Asy-Syams (Palestin) selepas kewafatanku. Orang laki-laki dan wanita akan bertahan di sana sampai kiamat. Sesiapa di kalangan kamu yang memilih salah satu dari pantai-pantai Asy-Syams (termasuk Gaza) atau Baitul-Mukaddis adalah mereka itu berada di dalam jihad sehingga hari pengadilan".
Hadith daripada Abi Umamah Al-Bahili bahawa Rasulullah s.a.w. mengingatkan dengan maksudnya:
" Sekumpulan dari kalangan umatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh-musuh mereka dan orang-orang yang menentang mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian. Para sahabat bertanya; "Di manakah mereka hai Rasulullah?.
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Di Baitul-Mukaddis dan kawasan sekelilingnya".
(Riwayat Abdullah bin Ahmad dan At-Tabarani)
Hadith-hadith yang terbit dari mulut Rasulullah s.a.w. adalah satu bukti bahawa apa yang berlaku pada hari ini adalah satu kebenaran yang telah pun disusun oleh Allah SWT. Kita pada hari ini amat beruntung kerana para sahabat hanya mendengar beritanya daripada Rasulullah s.a.w. sedang kita menyaksikannya dengan mata kepala kita sendiri. Alangkah ruginya jika kita tidak mengambil sebanyak manfaat dari peristiwa ini untuk menyuburkan iman dan keyakinan kita berjuang pada jalan Allah?.
Maksudnya: " Mereka merancang dan Allah merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang ".
(Ali 'Imran: 54)
Khutbah Jumaat Bacaan 24 Jun 2011
Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati oleh Imam Prof Madya Deen
Pensyarah Undang-Undang IIUM
Labels:
Bumi Palestin
Subscribe to:
Comments (Atom)