Assalamualaikum Ya Akhi Ya Ukhti

Jom Solat..

Peperiksaan LLB 2013.. Bitaufiq Wan Najah

Computer Repair & Service

Rakan Bloggers

Banner

Showing posts with label zikir-zikir munajat. Show all posts
Showing posts with label zikir-zikir munajat. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

MENGAPA PENTINGNYA MENJAGA HATI

Lazimnya manusia sangat memberi perhatian dan mengawasi kesihatan fizikal. Pengawasan dibuat dengan seribu satu macam cara. Apabila mengalami sakit atau sebarang gangguan, biasanya tanpa lengah lagi manusia akan segera menemui doktor. Andainya tidak berkesan daripada rawatan biasa, berpindah pula ke doktor atau rawatan pakar.

Anehnya, tidak demikian sikap manusia dalam menghadapi penyakit hati atau rohani. Sama ada manusia mengambil sikap terus tidak peduli langsung atau mereka memandang remeh terhadap persoalan hati atau roh. Padahal kesan dan akibat daripada penyakit hati atau roh bukan sahaja mencetuskan berbagai kejahatan dan kemungkaran malah akan diseksa di Neraka Allah SWT di Akhirat kelak, wal’iyazubillah.

Marilah sama-sama kita lihat mengapa terlalu pentingnya menjaga hati atau roh yang di antaranya seperti berikut:

1. Kerana roh itu kekal atau dikekalkan, tidak seperti fizikal (jasad lahir), ia binasa. Di Akhirat kelak, roh itu akan diberi jasad baru.

2. Roh itulah yang akan menerima atau merasa nikmat atau azab bersama jasad barunya di Akhirat kelak.

3. Ia adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan yang mana sama-sama ingin mengisi. Malaikat dengan iman, syaitan dengan kekufuran atau malaikat dengan keyakinan, syaitan dengan keraguan.

4. Ia adalah tempat jatuhnya ilham atau ilmu laduni (dapat ilmu tanpa belajar), ia merupakan wahbiah (anugerah) daripada Allah. Akal tempat ilmu nazali (ilmu yang dipelajari).

5. Roh kalau ia bersih, Allah beri ia rasa yang tepat atau firasat.

6. Roh kalau ia terlalu bersih, matanya lebih tajam dari mata lahir atau mata kepala, sebahagian perkara yang ghaib Allah perlihatkan kepadanya. Itulah yang dikatakan mukasyafatul qulub.

7. Roh atau hati adalah raja dalam diri. Kalau hati itu baik, ia akan arahkan tentera-tenteranya iaitu anggota lahir atau jawarih kepada kebaikan. Kalau ia jahat, ia akan arah tenteranya membuat kejahatan.

8. Kerana ia boleh menerima sifat-sifat mahmudah yang dikehendaki dan juga boleh menerima sifat-sifat mazmumah yang dibenci dan dikeji yang sayugianya hendaklah dibuang atau dijauhi.

9. Ia adalah merupakan tempat merasa iaitu susah atau senang, bahagia atau dukacita, rasa sempit atau rasa lapang, rasa keluh-kesah atau tenang, rasa kecewa atau ceria, rasa putus asa atau harapan yang cerah, rasa benci atau suka, rasa ragu atau percaya, rasa pesimis atau optimis, rasa rindu atau simpati.

10. Sikap jasad lahir atau tingkah laku adalah pancaran dari hati atau roh sama ada baik ataupun buruk.

11. Hati tempat penglihatan dan nilaian Tuhan manakala jasad lahir tempat pandangan makhluk.

12. Hidayah yang lahir, ia adalah punca dari yang batin atau roh atau hati.

13. Sifat mahmudah yang paling terpuji ialah ikhlas, penentu segala amalan seseorang itu diterima atau ditolak ialah bertapak pada roh atau hati, malaikat pun tidak tahu, hanya Allah yang mengetahui.

14. Seseorang yang membuat kebaikan, orang tidak kata baik tangannya, kakinya, tapi orang berkata baik hatinya.

15. Ketahanan yang lahir adalah berpunca daripada ketahanan yang baik yakni roh atau hati.

16. Segala perubahan yang lahir ini berpunca daripada perubahan yang batin yakni roh atau hatinya.

17. Penyakit roh atau hati membawa ke Neraka, penyakit lahir membawa ke Syurga (segala kesusahan dan kesakitan lahiriah merupakan kifarah dosa).

18. Penyakit lahir walau bagaimana teruk sekalipun, ia hanya merosakkan badan, tapi penyakit roh atau hati menghancurkan apa yang ada di dunia ini.

19. Penyakit badan kalau sudah teruk sangat, membawa mati badan, tapi penyakit roh atau hati membawa matinya iman dan Islam.

20. Penyakit badan sakitnya tidak kekal, tapi penyakit roh atau hati seksanya kekal abadi.

21. Penyakit lahir hanya manusia yang benci, tapi penyakit batin Allah benci.

22. Penyakit lahir menguruskan badan, tapi penyakit batin menguruskan iman.

23. Di dalam tidur, adakalanya mendapat alamat di dalam mimpi sama ada secara jelas atau ibarat. Ia diperlihatkan kepada roh, bukan kepada mata kasar.

24. Rasulullah SAW menyuruh takut dengan pandangan mata hati atau pandangan roh. Allah tidak mengatakan agar takut kepada pandangan mata kasar.

Sabda Baginda: “Takutilah firasat orang mukmin, kerana ia melihat dengan cahaya Allah.” (Riwayat At Tarmizi)

1. Penyakit lahir tidak dipandang hina oleh Islam, tapi penyakit batin dipandang hina.

2. Penyakit lahir tidak sampai hilang kepercayaan orang, tapi penyakit batin sampai menghilangkan kepercayaan orang.

3. Penyakit lahir tidak membawa permusuhan, perpecahan dan peperangan, tapi penyakit batin membawa pergaduhan, perpecahan dan peperangan.

4. Roh boleh mengembara tanpa jasad dan dapat melihat perkara-perkara yang ajaib dengan izin Allah.

5. Selepas mati, roh boleh balik ke dunia dan dapat melihat keluarganya, tidak seperti jasad.

6. Penyakit lahir orang simpati, penyakit batin orang tidak simpati.

Oleh kerana pentingnya hati dan roh, maka ia hendaklah dijaga sungguh-sungguh iaitu:

a. Wajib kita memberi makanan yang cukup. Makanannya ialah sembahyang, zikrullah, membaca Al Quran, tasbih, tahmid, selawat, melihat kebesaran-Nya melalui pemandangan dan mengingati mati.
b. Memberi ia pakaian iaitu dengan sifat-sifat taqwa.
c. Jauhkan dari sebarang penyakit seperti marah, bakhil, pendendam, sombong, riyak, ujub dan sebagainya.

Artikel asal :http://www.usahataqwa.com/taqwa/menjaga-hati.html

Tuesday, September 11, 2012

Panduan Solat Sunat Taubat

Assalamualaikum.. Sya ada terjumpa panduan solat sunat taubat yg mudah difahami di laman sosial facebook, terima kasih kepada perekanya. Jom sama-sama segerakan dan sentiasa memohon taubat kepada Maha Pencipta Sekalian Alam.


Tuesday, July 3, 2012

MALAM NISFU SYAABAN


Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaabantahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

Wednesday, May 9, 2012

Meningkatkan Kekuatan Daya Ingatan



Pada zaman Salafus soleh dahulu, mereka terkenal dengan kekuatan akal fikiran ataupun daya ingatan yang tajam. Di dalam sebuah keluarga, mereka memastikan paling kurang seorang mesti menghafal Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafal puluhan ribu hadis. Di antaranya Imam Ahmad bin Hambal menghafal sejuta hadis. Apakah rahsia kekuatan akal fikiran mereka? Ulama-ulama Islam telah sepakat bahawa syarat yang pertama dan utama untuk mempunyai kekuatan akal yang kuat ialah menjauhi segala maksiat kepada Allah. Syarat kedua ialah makan tidak berlebihan.


Di antara petua penting menguatkan akal menurut ahli-ahli perubatan Islam:
1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.
2. Makan buah badam.
3. Makan daging kambing.
4. Halwa halia.
5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.
6. Makan buah limau.

LARANGAN

Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga, kuat menjaga pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan akal.
Di antaranya:
1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.
2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.
3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.

Untuk menjadi peribadi yang berjaya akal fikiran mesti sentiasa di majukan dan dipertingkatkan. Jadikan pandangan anda lebih positif, lebih global (luas) dan sentiasa terbuka. Disiplin untuk akal perlu ada supaya ia dapat berfikir secara teratur dan daya kekuatan akal dapat digunakan semaksima yang mungkin untuk memajukan diri sendiri.

Original Source: www.faizurabtk.blogspot.com


Sunday, October 23, 2011


Pertama: waktu pagi dan sore hari.

Pada waktu ini, kita dianjurkan membaca surat Al Ikhlash bersama dengan maw’idzatain (surat Al Falaq dan surat An Naas) masing-masing sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperoleh adalah: akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan).

Dari Mu'adz bin Abdullah bin Khubaib dari bapaknya ia berkata,

خَرَجْنَا فِى لَيْلَةِ مَطَرٍ وَظُلْمَةٍ شَدِيدَةٍ نَطْلُبُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لِيُصَلِّىَ لَنَا فَأَدْرَكْنَاهُ فَقَالَ « أَصَلَّيْتُمْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا فَقَالَ « قُلْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ « قُلْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ « قُلْ ». فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَقُولُ قَالَ « (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِى وَحِينَ تُصْبِحُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلِّ شَىْءٍ »


Pada malam hujan lagi gelap gulita kami keluar mencari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam untuk shalat bersama kami, lalu kami menemukannya. Beliau bersabda, "Apakah kalian telah shalat?" Namun sedikitpun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, "Katakanlah". Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, "Katakanlah". Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian beliau bersabda, "Katakanlah". Hingga aku berkata, "Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan?” Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Katakanlah (bacalah surat) QUL HUWALLAHU AHAD DAN QUL A'UDZU BIRABBINNAAS DAN QUL A'UDZU BIRABBIL FALAQ ketika sore dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akn mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan."
(HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Kedua: sebelum tidur.

Pada waktu ini, kita dianjurkan membaca surat Al Ikhlash, Al Falaq, An Naas dengan terlebih dahulu mengumpulkan kedua telapak tangan, lalu keduanya ditiup, lalu dibacakanlah tiga surat ini. Setelah itu, kedua telapak tangan tadi diusapkan pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bagian depan. Cara seperti tadi diulang sebanyak tiga kali.

Dari ‘Aisyah, beliau radhiyallahu ‘anha berkata,

أَنَّ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ) ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ


“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlash), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas). Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.”
(HR. Bukhari no. 5017)

Ketiga: ketika ingin meruqyah (membaca do’a dan wirid untuk penyembuhan ketika sakit).

Bukhari membawakan bab dalam shohihnya ‘Meniupkan bacaan ketika ruqyah’. Lalu dibawakanlah hadits serupa di atas dan dengan cara seperti dijelaskan dalam point kedua.

عَنْ عَائِشَةَ - رضى الله عنها - قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ نَفَثَ فِى كَفَّيْهِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَبِالْمُعَوِّذَتَيْنِ جَمِيعًا ، ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا وَجْهَهُ ، وَمَا بَلَغَتْ يَدَاهُ مِنْ جَسَدِهِ . قَالَتْ عَائِشَةُ فَلَمَّا اشْتَكَى كَانَ يَأْمُرُنِى أَنْ أَفْعَلَ ذَلِكَ بِهِ


Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha, dia berkata, "Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam hendak tidur, beliau akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surat Al Ikhlas) dan Mu'awidzatain (Surat An Naas dan Al Falaq), kemudian beliau mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika beliau sakit, beliau menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika beliau hendak tidur, -pen)."
(HR. Bukhari no. 5748)

Jadi tatkala meruqyah, kita dianjurkan membaca surat Al Ikhlash, Al Falaq, An Naas dengan cara: Terlebih dahulu mengumpulkan kedua telapak tangan lalu keduanya ditiup lalu dibacakanlah tiga surat tersebut. Setelah itu, kedua telapak tangan tadi diusapkan pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bagian depan. Cara seperti ini diulang sebanyak tiga kali.

Keempat: wirid seusai shalat (sesudah salam).

Sesuai shalat dianjurkan membaca surat Al Ikhlash, Al Falaq dan An Naas masing-masing sekali. Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, ia berkata,

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ الْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ


“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca mu’awwidzaat  di akhir shalat (sesudah salam).” (HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih). Yang dimaksud mu’awwidzaat adalah surat Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Hajar Al Asqolani. (Fathul Bari, 9/62)

Kelima: dibaca ketika mengerjakan shalat sunnah fajar (qobliyah shubuh).

Ketika itu, surat Al Ikhlash dibaca bersama surat Al Kafirun. Surat Al Kafirun dibaca pada raka’at pertama setelah membaca Al Fatihah, sedangkan surat Al Ikhlash dibaca pada raka’at kedua.

Dari’ Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

نِعْمَتِ السُّوْرَتَانِ يَقْرَأُ بِهِمَا فِي رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الفَجْرِ : { قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ } وَ { قُلْ يَا أَيُّهَا الكَافِرُوْنَ


“Sebaik-baik surat yang dibaca ketika dua raka’at qobliyah shubuh adalah Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash) dan Qul yaa ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun).” (HR. Ibnu Khuzaimah 4/273. Syaikh Al Albani mengatakan dalam Silsilah Ash Shohihah bahwa hadits ini shahih. Lihat As Silsilah Ash Shohihah no. 646). Hal ini juga dikuatkan dengan hadits Ibnu Mas’ud yang akan disebutkan pada point berikut.

Keenam: dibaca ketika mengerjakan shalat sunnah ba’diyah maghrib.

Ketika itu, surat Al Ikhlash dibaca bersama surat Al Kafirun. Surat Al Kafirun dibaca pada raka’at pertama setelah membaca Al Fatihah, sedangkan surat Al Ikhlash dibaca pada raka’at kedua.

Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu mengatakan,

مَا أُحْصِى مَا سَمِعْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقْرَأُ فِى الرَّكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَفِى الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ بِ (قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ) وَ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ


“Aku tidak dapat menghitung karena sangat sering aku mendengar bacaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca surat pada shalat dua raka’at ba’diyah maghrib dan pada shalat dua raka’at qobliyah shubuh yaitu Qul yaa ayyuhal kafirun (surat Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash).” (HR. Tirmidzi no. 431. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih)

Ketujuh: dibaca ketika mengerjakan shalat witir tiga raka’at.

Ketika itu, surat Al A’laa dibaca pada raka’at pertama, surat Al Kafirun pada raka’at kedua dan surat Al Ikhlash pada raka’at ketiga.

Dari ‘Abdul Aziz bin Juraij, beliau berkata,  “Aku menanyakan pada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, surat apa yang dibaca oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (setelah membaca Al Fatihah) ketika shalat witir?”

‘Aisyah menjawab,

كَانَ يُوتِرُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَتْ كَانَ يَقْرَأُ فِى الأُولَى بِ (سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى) وَفِى الثَّانِيَةِ بِ (قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ) وَفِى الثَّالِثَةِ بِ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ.


“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca pada raka’at pertama: Sabbihisma robbikal a’la (surat Al A’laa), pada raka’at kedua: Qul yaa ayyuhal kafiruun (surat Al Kafirun), dan pada raka’at ketiga: Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash) dan mu’awwidzatain (surat Al Falaq dan An Naas).” (HR. An Nasai no. 1699, Tirmidzi no. 463, Ahmad 6/227)

Dalam riwayat yang lain disebutkan tanpa surat al mu’awwidzatain.

عَنْ أُبَىِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يُوتِرُ بِ (سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى) وَ (قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ) وَ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ)


Dari Ubay bin Ka’ab, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasanya melaksanakan shalat witir dengan membaca Sabbihisma robbikal a’la (surat Al A’laa), Qul yaa ayyuhal kafiruun (surat Al Kafirun), dan Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash)” (HR. Abu Daud no. 1423 dan An Nasai no. 1730)

Ibnu Qudamah Al Maqdisi rahimahullah mengatakan,

وَحَدِيثُ عَائِشَةَ فِي هَذَا لَا يَثْبُتُ ؛ فَإِنَّهُ يَرْوِيهِ يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ ، وَهُوَ ضَعِيفٌ .وَقَدْ أَنْكَرَ أَحْمَدُ وَيَحْيَى بْنُ مَعِينٍ زِيَادَةَ الْمُعَوِّذَتَيْنِ .


“Hadits ‘Aisyah tidaklah shahih. Di dalamnya ada seorang perowi bernama Yahya bin Ayyub, dan ia dho’if. Imam Ahmad dan Yahya bin Ma’in telah mengingkari penambahan “mu’awwidzatain”.” (Al Mughni, 1/831)

Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan,

تعليق شعيب الأرنؤوط : صحيح لغيره دون قوله : والمعوذتين وهذا إسناد ضعيف عبد العزيز بن جريج لا يتابع في حديثه


“Hadits ini shahih kecuali pada perkataan “al mu’awwidzatain”, ini sanadnya dho’if karena ‘Abdul ‘Aziz bin Juraij tidak diikuti dalam haditsnya.” (Tahqiq Musnad Al Imam Ahmad bin Hambal, 6/227)

Jadi yang tepat dalam masalah ini, bacaan untuk shalat witir adalah raka’at pertama dengan surat Al A’laa, raka’at kedua dengan surat Al Kafirun dan raka’at ketiga dengan surat Al Ikhlas (tanpa mu’awwidzatain).

Namun bacaann ketika witir ini sebaiknya tidak rutin dibaca, sebaiknya diselingi dengan berganti membaca surat lainnya. Syaikh ‘Abdullah Al Jibrin rahimahullah mengatakan,

والظاهر أنه يكثر من قراءتها، ولا يداوم عليها فينبغي قراءة غيرها أحياناً حتى لا يعتقد العامة وجوب القراءة بها


“Yang nampak dari hadits yang ada, hendaklah bacaan tersebut seringkali saja dibaca, namun tidak terus-terusan. Sudah seharusnya seseorang membaca surat yang lain ketika itu agar orang awam tidak salah paham,ditakutkan mereka malah menganggapnya sebagai perkara yang wajib.” (Fatawa Syaikh Ibnu Jibrin, 24/43)

Kedelapan: dibaca ketika mengerjakan shalat Maghrib (shalat wajib) pada malam jum’at.

Surat Al Kafirun dibaca pada raka’at pertama setelah membaca Al Fatihah, sedangkan surat Al Ikhlash dibaca pada raka’at kedua.

Dari Jabir bin Samroh, beliau mengatakan,

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَقْرَأُ فِي صَلاَةِ المَغْرِبِ لَيْلَةَ الجُمُعَةِ : ( قَلْ يَا أَيُّهَا الكَافِرُوْنَ ) وَ ( قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ


“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa ketika shalat maghrib pada malam Jum’at membaca Qul yaa ayyuhal kafirun’ dan ‘Qul ‘ huwallahu ahad’. ” (Syaikh Al Albani dalam Takhrij Misykatul Mashobih (812) mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih)

Kesembilan: ketika shalat dua rak’at di belakang maqom Ibrahim setelah thowaf.

Dalam hadits Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu yang amat panjang disebutkan,

فجعل المقام بينه وبين البيت [ فصلى ركعتين : هق حم ] فكان يقرأ في الركعتين : ( قل هو الله أحد ) و ( قل يا أيها الكافرون ) ( وفي رواية : ( قل يا أيها الكافرون ) و ( قل هو الله أحد )


“Lantas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjadikan maqom Ibrahim antara dirinya dan Ka’bah, lalu beliau laksanakan shalat dua raka’at. Dalam dua raka’at tersebut, beliau membaca Qulhuwallahu ahad (surat Al Ikhlas) dan Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun). Dalam riwayat yang lain dikatakan, beliau membaca Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun) dan Qulhuwallahu ahad (surat Al Ikhlas).” (Disebutkan oleh Syaikh Al Albani dalam Hajjatun Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 56)


Semoga sajian ini bermanfaat dan bisa diamalkan. Alhmadulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat. Wa shallallahu ’ala nabiyyina Muhammad wa ’ala alihi wa shohbihi wa sallam.

Sumber :www.iloveallah.com

Thursday, August 4, 2011

Zikir Munajat



Berbagai-bagai bentuk zikir telah dirumuskan oleh para ulama muktabar di dalam rangka menghampirkan diri kepada Allah swt. Zikir-zikir sedemikian  pada dasarnya mendatangkan banyak manfaat bagi orang yang mengamalkannya. Salah satu daripada bentuk zikir yang telah dirumuskan ialah Zikir Munajat ini yang diturunkan di sini.
Adalah menjadi suatu amalan yang baik seandainya zikir-zikir seperti ini diamalkan secara istiqamah di samping diperkembangkan di kalangan anggota keluarga terdekat, jiran tetangga dan sahabat handai. Zikir seperti ini jika diamalkan dengan penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab dengan izin Allah dapat membantu di dalam memanfaatkan masa supaya tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Mudah-mudahan amalan zikir seperti ini dapat menjadi sumber keberkatan di dalam usaha membina generasi ummah supaya benar-benar menjadi pejuang Islam dan mengingati kebesaran Allah swt. Insya Allah.
*(Boleh di zikir sebanyak mana yang mampu)
—————————————————————
ZIKIR 1
munajat1.jpg
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
ZIKIR 2
munajatdua.jpg
Ertinya: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sesuatu yang menyengutu bagi-Nya. Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Tuhan yang memiliki segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan Mematikan. Dialah Allah Tuhan yang Berkuasa atas segalanya.
ZIKIR 3
zikirtiga.jpg
Erti: Ya Allah, ya Tuhan kami, hindarkan kami daripada azab api neraka
ZIKIR 4
munajat3.jpg 
Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memiliki kesejahteraan, dan kepada Engkaulah jua kembalinya kesejahteraan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan kesejahteraan dan masuklah kami ke dalam syurga tempat kesejahteraan. Maka berkat Engkau ya Allah, Tuhan kami dan Maha Tinggi darjat Engkau ya Tuhan yang memiliki Kehebatan dan Kemuliaan.
ZIKIR 5
 munajat4.jpg
Ertinya: Hamba meminta perlindungan dari-Mu ya Allah, dari syaitan yang kena rejam
ZIKIR 6
munajat5.jpg
Maksud: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segenap pujian untuk Tuhan Pemimpin alam semesta. Yang Pemurah dan Penyayang. Yang Memiliki- Memerintah hari akhirat. Hanya Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan. Pimpinlah kami ke jalan yang lurus. Jalan yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (jalan) mereka yang sesat.
ZIKIR 7
 munajat7.jpg
Erti: Maha Suci Allah dan Pujian itu bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. Dialah Allah Tuhan Yang Maha Besar – (33 kali)
ZIKIR 8
 munajat8.jpg
Erti: Allah- Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah- Allah ya Allah- Allah ya Allah, Allah-Allah-Allah- ya Allah, Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah-Allah ya Allah-Allah ya Allah.
ZIKIR 9
munajat9.jpg
Erti: Maha Suci Tuhan (Allah). Tiada kuasa makhluk mengatasi kudrah kekuasaan-Nya, Dialah Tuhan (Allah) di atas singgahsana Arasy, dengan kerana Esa dan Tunggal, memiliki segala di atas Arasy langit dengan senang dan mudah demi kerana kemuliaan-Nya semua wajah-wajah sujud dan tunduk kepada-Nya.
ZIKIR 10
 munajat10.jpg
Erti: Cukuplah perhitunganku dengan Tuhanku yang Maha Mulia. Tiada sesuatu yang lain di hatiku selain daripada Allah, nur Muhammad s.a.w. - (5 kali)
ZIKIR 11
 munajat11.jpg
Erti: Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah – (10 kali)
ZIKIR 12
 munajat12.jpg
Erti: Tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang memiliki. Tuhan yang hak. Tuhan yang benar (nyata). Muhammad pesuruh Allah, benar segala janjinya lagi dipercayai – (5 kali)
ZIKIR 13
 munajat13.jpg
Erti: Hamba memohon keampunan kepada-Mu ya Allah, sesungguhnya Engkau yg Allah Maha Penerima Taubat – (10 kali)
ZIKIR 14
 munajat14.jpg
Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah - (3 kali). Muhammad Pesuruh Allah – (3kali).
ZIKIR 15
 munajat15.jpg
Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah – (3 kali)
ZIKIR 16
 munajat16.jpg
Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah yang Maha Pelembut – (8 kali)
ZIKIR 17
 munajat17.jpg
Erti: Wahai Tuhan yang Maha Pembuka. Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui – (3 kali)
ZIKIR 18
 munajat18.jpg
Erti: Ya Allah – (8 kali)
ZIKIR 19
 munajat19.jpg
Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami sesungguhnya menyesal atas perbuatan maksiat yang pernah kami lakukan – (3 kali).
ZIKIR 20
 munajat20.jpg
Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami menyesal ya Allah – (3 kali).
ZIKIR 21
 munajat21.jpg
Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah – (3 kali).
ZIKIR 22
 munajat22.jpg
Erti: Ya Allah. Tuhan yang memiliki segala kehebatan dan kemuliaan. Matikan kami ya Allah atas agama Islam – (3 kali)
ZIKIR 23
 munajat23.jpg
Erti: Ya Allah, selawat dan salam ke atas penghulu cahaya bagi segala cahaya dan penghulu rahsia bagi segala rahsia, pembuka (kunci) bagi segala pintu kemudahan iaitu penghulu kami dan tuan kami Nabi Muhammad. Nabi yang teristimewa dan keluarganya yang suci dan sahabatnya yang terbaik, berbagai nikmat Allah dan semua pejuangnya.
ZIKIR 24
 munajat24.jpg
Erti: Telah pun muncullah bulan purnama atas kami. Dengan puji-pujian (sanjungan) kami mengalu-alukan. Ucapan kesyukuran kami ajukan. Seruan Allah kami serukan.
 ZIKIR 25 (terakhir)
 munajat25.jpg
Erti: Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad. Selawat Allah ke atasnya berserta salam – (2 kali)
 

Copyright © 2012 Reserved to MOHAMAD THAMIM ANSHAARI Design by CikBulat